Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 22, 2010

Fitnah Anwar, siasat APCO


Angkatan Muda keadilan mahukan syarikat perunding APCO disiasat bersabit satu lagi cubaan menfitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi artikel pembohongan .

APCO ialah syarikat perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos lebih RM70 juta bagi memulihkan imej beliau di dalam dan luar negara.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan yang mengaitkan penulis itu kepada APCO.

Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong apabila memberi gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi Aung San Sun Kyi.

"Antara strategi APCO adalah untuk menyerang Anwar semaksima mungkin dan apa sahaja tindakan Anwar, pandangan beliau tentang isu-isu dasar luar seperti pembebasan Aung San Suu Kyi dan juga berkaitan perkara-perkara yang diucapkan oleh beliau di luar negara seperti di Australia, diulas sendiri oleh Datuk Seri Najib, dan ada dikalangan yang direncanakan atau digerakkan untuk menyerang Anwar dari segi aspek itu," kata Shamsul.

Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.

Justeru tulisan Motte adalah fitnah dan kemungkinan beliau mempunyai hubung kait dengan APCO tidak boleh diketepikan.

Ketika melawat Australia, Anwar hanya menegaskan bahawa dalam mengecam kekejaman di Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia juga harus peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas- asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.

Contoh-contoh ketara adalah kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa dan rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah.

Ini bukan kali pertama Motte mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi artikel seperti the reversal of Anwar Ibrahim.

"Ini satu strategi yang kohesif, strategi yang tersusun dan kemas dalam usaha untuk menunujukkan bahawa Anwar Ibrahim ini tak layak untuk memimpin, dan komen-komennya adalah komen-komen yang tidak memberikan impak kepada masyarakat dalam dan luar negara. Sebab itu, serangan itu bertumpu kepada beliau (Anwar) sekarang ini," kata Samsul.



TVS

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive