Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 13, 2010

Tidak Patriotik: Muhyiddin Perlu Nasihati Diri Sendiri


SHAH ALAM 12 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu menasihati diri sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain, kata Datuk Seri Chua Jui Meng.

Chua yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan nasihat Muhyiddin itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melabel orang bukan Melayu sebagai tidak patriotik kerana enggan menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

"Seorang yang ekstrem nak menasihat seorang yang ekstrem yang lain, nasihatkan diri dululah. Orang bukan Melayu bukan bolasepak, bila-bila awak nak tendang kita,awak tendang. Dia (Muhyiddin) tak tentu arah kadang-kadang baik dengan orang bukan Melayu dan pada masa yang sama dia ekstrem, tidak konsisten," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Ketika membuat seruan itu, Muhyiddin Yassin berkata penjelasan itu penting bagi membetulkan keadaan.

"Saya tidak membaca atau tidak berada di Parlimen (waktu itu) tetapi daripada kenyataan yang terkeluar dan reaksi daripada beberapa pihak, mungkin Datuk Zahid perlu membuat penjelasan yang sebenarnya dan apa pendirian perkara itu.

"Bagi kita, kita tidak melihat keadaan sebegitu, kalaupun tidak ada penyertaan, saya fikir kita tidak seharusnya mempertikai kesetiaan mana-mana pihak yang menjadi rakyat (negara ini) sama ada Melayu, India, Cina...mungkin ada sebab-sebab yang lain," kata Muhyiddin.

Bagi bekas Menteri Kesihatan itu, Umno keterlaluan dalam pemahaman terhadap kaum dan agama.

"Ramai masyarakat bukan Melayu sudah naik marah, mereka tidak puas hati dengan orang yang jadi menteri dalam jemaah menteri tetapi pendapatnya bercanggah dengan rukun-rukun negara dan sumbangan orang Tionghua, orang India terhadap negara ini," katanya lagi.

Tambahnya, dalam perlembagaan negara jelas menyatakan semua orang adalah samarata di mata undang-undang.

"Bila nak buang undi, nak undi daripada kita, buat baik dengan kita, kita bukan bolasepak," jelasnya.

Zahid dalam jawapannya di Dewan Rakyat bagi membalas kritikan terhadap dirinya berkata faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau tidak sensitif dan mempertikai kesetiaan dan integiriti kaum bukan Melayu kerana beliau tidak pernah menyatakan begitu mahupun berniat atau bermaksud berbuat demikian.




tvs


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive