Rabu, Oktober 05, 2011
POLIS SAH BERSALAH TEMBAK AIR BERASID KE HOSPITAL
Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu.Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam ini.Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak.
Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.
Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.
“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.
Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.
“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.
Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.
“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya lagi.
Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.
“Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” kata beliau lagi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai.
“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow ketika itu.
“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.
Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.
Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.
Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.
“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.
Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina.
Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.
kl-today
* Sbnarnya, klau nak cakap ttg langgar sop, byk la sgt. Bukan stakat tembak kedlm hospital tung shin je. Meh nak habaq! Yg lepas gas pemedih mata menggila pd peserta demo depan jln pudu tu satu, knape lepaskan dlm keadaan mereka terkepung? Ni nak leraikan demo ke nak bunuh manusia? Pastu, yg polis belasah ramai2 peserta demo tu, tu pun sama, amat jelas langgar sop. Ada polis gila mana yg pijak kaki peserta demo smpai patah, lagi la langgar sop. Satu lagi distesen kl sentral. Tembak tepat gas pemedih mata kemuka anggota2 Bersih yg termasuk didlmnya Ds Anwar. Yg ni langgar sop tahap gaban!! Rengkasnya, jgn nak diambil tindakan pd polis2 yg tembak hospital tung shin sj, bahkan ambil tindakkan pd semua polis2/fru yg terlibat melanggar sop dihari perhimpunan Bersih tu. Termasuk pd sape yg kuarkan arahan tu!! Yg ni la baru adil & telus!...-Wan Adib Wan Roslan
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Oktober
(139)
- MAHATHIR MUDAH LUPA !!! Ghaddafi di Libya disuruh ...
- MAS KG BARU ‘DIBELI’ OLEH UMNO?
- IBU BUANG BAYI KERANA BERAMBUT PERANG
- Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau
- ISU PPSMI: PAGE UGUT TIDAK UNDI BN
- BAPA ROGOL ANAK SENDIRI KETIKA IBU TIADA DI RUMAH
- AKHIRNYA FAM YANG MENANG
- LAWAK AHAD: TEMUDUGA
- Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel
- VIDEO JARINGAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011
- NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011
- Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
- Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor ...
- Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjaua...
- 3 BERANAK JATUH FLAT SAMA MASA LAIN-LAIN
- Seksa batin disekat amah
- SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PE...
- KEBESARAN BULAN ZULHIJJAH
- FAM KAPITALIS SUKAN
- TERKINI: LAMAN WEB FAM KENA HACK
- PETITION BOIKOT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA
- China Doll Kepala Hotak Hangpa!!!
- BOIKOT TIKET BOLA, BELI SPENDA JE LA
- Ini Dia Kisah Siapa Zulkifli Noordin Sebenarnya..!!
- Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti
- Kamera rakam gambar bogel penyanyi Lebanon
- NAJIB KECUT TELOQ?
- PENGGANTUNGAN AZIZ BARI DITARIK BALIK UNTUK PERLAM...
- GAMBAR-GAMBAR PELIK BANJIR DI THAILAND
- Lawatan Najib ke UIA esok bakal disambut demo
- LAHIR BAYI SERUPA ‘DUYUNG’
- Kekalahan besar MU, merupakan amaran kepada UMPORNO
- Dua Pelacur Lari Separuh Bogel
- LAWAK AHAD: LUKISAN
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 22/10/11
- PAKSA BUKA SELUAR
- Mengapa Payudara Wanita Terus Membesar?
- Jadi wanita selepas mencuri
- Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud
- Nak buang sial, tapi kena perkosa
- Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'
- PROGRAM MENIPU RAKYAT 1MALAYSIA
- MANDI WAJIB
- ISU AZIZ BARI: REKTOR UIA KAKI AMPU?
- Mobilisasi besar untuk demo sokong Aziz Bari
- Video: Gaddafi mati akibat cedera parah, kata pega...
- Nak Tau Kenapa Orang Tak Tolong Budak Yang Digilis...
- DULU FREE,LA NI LELONG MURAH!!!!
- Fitnah Raba Payudara: Anya Sun Corke Bakal Saman P...
- Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah R...
- LIVE : Chelsea - Racing Genk
- Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’
- AZIZ BARI DISIASAT BAWAH AKTA HASUTAN
- APA MOTIF UMPORNO TAYANG VIDEO LUCAH PADA KAKITANG...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 18/10/11
- IKRAR SOKONG BN SYARAT DAPAT IC?
- Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?
- Hutang Negara RM437.2 bilion
- Pencuri lembu guna BMW
- Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini
- BANTUAN ANDA DIPERLUKAN, TAK BANYAK SIKIT PUN TAKPA
- "Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem P...
- Pakar perlembagaan akan saman Utusan
- Gempar ‘anak pocong’ depan rumah
- DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL ...
- MANA PI UMPORNO? MANA PI PERKASA?
- Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat P...
- LAWAK AHAD: KOREK
- Anak ditemui melalui facebook
- KEPUTUSAN EPL 15/10/11
- CARA TAPIS VIDEO YOUTUBE
- KAMI TAK MASUK UMNO LA...KAH! KAH! KAH!
- Kapten dan 37 perajurit peluk Islam
- Bayi baru lahir disumbat dalam pam tandas
- GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 14/10/11
- Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma
- KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Pemuda MCA, Datuk...
- BAGAIMANA CARA BERZIKIR KETIKA SIBUK BEKERJA?
- KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR
- Lelaki OKU Putus Kemaluan Terkena Mesin Rumput
- Jais mohon waran tangkap Bob Lokman
- APA PUN XBLEH...KAH! KAH! KAH!
- Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung
- Kelab Kemboja Bakal Warnai Saingan Piala FA
- TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng D...
- Rogol Cucu, Upah Ayam Goreng!!
- Bob Lokman: Umno Tahan Saya Bukan Jais
- Mukhriz akan jadi MB Kedah?... KAH KAH KAH...
- Empat pelajar rogol rakan sekolah
- VIDEO ‘ANWAR’ DI BANGKOK PULAK DAH
- Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat D...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10/10/11
- Himpunan Anti-Murtad Okt 22
- MTUC berpiket seluruh negara
- Video: PERKASA Kecut Perut Sampai Panggil Mat Sabu...
- Bersih 2.0 : Koperal Polis Jadi Kambing Hitam ???
- Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela...
- HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?
- Terima kasih kat Mat Sabu
-
▼
Oktober
(139)