Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 17, 2011

Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini


KUALA LUMPUR, 16 Okt: Pimpinan Pakatan Rakyat akan melancarkan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 di bangunan Parlimen, Selasa ini jam 12.30 tengah hari.

Pelancarannya dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Gerakan ini merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib peneroka antaranya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Bangkit dan Waris.

Penubuhannya bertujuan mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ditamatkan kontraknya secepat mungkin kerana menimbulkan banyak konflik dalam Felda sehingga menyebabkan rasa tidak senang peneroka.

Terbaru, berlaku pertembungan kuasa di antara Isa dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab apabila Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, gerakan tersebut akan mengumpulkan tandatangan warga Felda di setiap negeri yang tidak bersetuju dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF.

"Kita akan mengumpulkan tandatangan peneroka yang tidak bersetuju dengan Isa dan akan serahkan kepada Perdana Menteri supaya kontrak Isa ditamatkan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat juga berkata, selain mengumpul tandatangan, gerakan itu juga akan mengadakan siri solat hajat agar warga Felda diselamatkan daripada pihak berkepentingan dan sesi taklimat mengenai kesan apabila Felda Holding disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Selain itu katanya, pihaknya akan membawa pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menuntut tribunal dijalankan mengenai pelantikan Isa sebagai pengerusi koperasi.

"Pemegang saham KPF akan serah borang bantahan kepada Suruhanjaya bagi membolehkan satu tribunal dijalankan ke atas pelantikan Isa.Itu prosedurnya," kata beliau.

Tambahnya, gerakan itu ditubuhkan atas kesedaran warga Felda sendiri, bukan pengaruh mana-mana parti politik.

"Kita buat semua ini bukan atas faktor politik tapi kerana memikirkan nasib peneroka yang sudah lama ditindas dan ditipu." katanya sambil mengalu-alaukan mana-mana NGO yang ingin menyertai gerakan tersebut.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive