Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 28, 2011

SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PERSATUAN BOLASEPAK TGANU DAN NS SUBAHAT NAIKKAN HARGA TIKET BOLA?


Oleh: WFAUZDIN NS

FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini.

Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.

Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan.

Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali.

Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive