Khamis, Oktober 27, 2011
Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.
Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk.
"Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.
Menurutnya yang juga ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.
Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali.
"Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja “berhemah” ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi.
Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.
Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.
Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.
Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan.
"Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.
HD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Oktober
(139)
- MAHATHIR MUDAH LUPA !!! Ghaddafi di Libya disuruh ...
- MAS KG BARU ‘DIBELI’ OLEH UMNO?
- IBU BUANG BAYI KERANA BERAMBUT PERANG
- Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau
- ISU PPSMI: PAGE UGUT TIDAK UNDI BN
- BAPA ROGOL ANAK SENDIRI KETIKA IBU TIADA DI RUMAH
- AKHIRNYA FAM YANG MENANG
- LAWAK AHAD: TEMUDUGA
- Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel
- VIDEO JARINGAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011
- NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011
- Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
- Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor ...
- Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjaua...
- 3 BERANAK JATUH FLAT SAMA MASA LAIN-LAIN
- Seksa batin disekat amah
- SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PE...
- KEBESARAN BULAN ZULHIJJAH
- FAM KAPITALIS SUKAN
- TERKINI: LAMAN WEB FAM KENA HACK
- PETITION BOIKOT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA
- China Doll Kepala Hotak Hangpa!!!
- BOIKOT TIKET BOLA, BELI SPENDA JE LA
- Ini Dia Kisah Siapa Zulkifli Noordin Sebenarnya..!!
- Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti
- Kamera rakam gambar bogel penyanyi Lebanon
- NAJIB KECUT TELOQ?
- PENGGANTUNGAN AZIZ BARI DITARIK BALIK UNTUK PERLAM...
- GAMBAR-GAMBAR PELIK BANJIR DI THAILAND
- Lawatan Najib ke UIA esok bakal disambut demo
- LAHIR BAYI SERUPA ‘DUYUNG’
- Kekalahan besar MU, merupakan amaran kepada UMPORNO
- Dua Pelacur Lari Separuh Bogel
- LAWAK AHAD: LUKISAN
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 22/10/11
- PAKSA BUKA SELUAR
- Mengapa Payudara Wanita Terus Membesar?
- Jadi wanita selepas mencuri
- Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud
- Nak buang sial, tapi kena perkosa
- Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'
- PROGRAM MENIPU RAKYAT 1MALAYSIA
- MANDI WAJIB
- ISU AZIZ BARI: REKTOR UIA KAKI AMPU?
- Mobilisasi besar untuk demo sokong Aziz Bari
- Video: Gaddafi mati akibat cedera parah, kata pega...
- Nak Tau Kenapa Orang Tak Tolong Budak Yang Digilis...
- DULU FREE,LA NI LELONG MURAH!!!!
- Fitnah Raba Payudara: Anya Sun Corke Bakal Saman P...
- Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah R...
- LIVE : Chelsea - Racing Genk
- Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’
- AZIZ BARI DISIASAT BAWAH AKTA HASUTAN
- APA MOTIF UMPORNO TAYANG VIDEO LUCAH PADA KAKITANG...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 18/10/11
- IKRAR SOKONG BN SYARAT DAPAT IC?
- Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?
- Hutang Negara RM437.2 bilion
- Pencuri lembu guna BMW
- Gerakan Mansuh ISA 2.0 di Parlimen, Selasa ini
- BANTUAN ANDA DIPERLUKAN, TAK BANYAK SIKIT PUN TAKPA
- "Saddam Hussein" Dipukul Kerana Tolak Main Filem P...
- Pakar perlembagaan akan saman Utusan
- Gempar ‘anak pocong’ depan rumah
- DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL ...
- MANA PI UMPORNO? MANA PI PERKASA?
- Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat P...
- LAWAK AHAD: KOREK
- Anak ditemui melalui facebook
- KEPUTUSAN EPL 15/10/11
- CARA TAPIS VIDEO YOUTUBE
- KAMI TAK MASUK UMNO LA...KAH! KAH! KAH!
- Kapten dan 37 perajurit peluk Islam
- Bayi baru lahir disumbat dalam pam tandas
- GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 14/10/11
- Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma
- KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Pemuda MCA, Datuk...
- BAGAIMANA CARA BERZIKIR KETIKA SIBUK BEKERJA?
- KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR
- Lelaki OKU Putus Kemaluan Terkena Mesin Rumput
- Jais mohon waran tangkap Bob Lokman
- APA PUN XBLEH...KAH! KAH! KAH!
- Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung
- Kelab Kemboja Bakal Warnai Saingan Piala FA
- TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng D...
- Rogol Cucu, Upah Ayam Goreng!!
- Bob Lokman: Umno Tahan Saya Bukan Jais
- Mukhriz akan jadi MB Kedah?... KAH KAH KAH...
- Empat pelajar rogol rakan sekolah
- VIDEO ‘ANWAR’ DI BANGKOK PULAK DAH
- Jenazah Wanita Malaysia Jatuh Dari Hotel Selamat D...
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10/10/11
- Himpunan Anti-Murtad Okt 22
- MTUC berpiket seluruh negara
- Video: PERKASA Kecut Perut Sampai Panggil Mat Sabu...
- Bersih 2.0 : Koperal Polis Jadi Kambing Hitam ???
- Warga Emas, Pekerja Swasta Rasa Nasib Tidak Dibela...
- HARGA AYAM PROSES RM10 SEKILO?
- Terima kasih kat Mat Sabu
-
▼
Oktober
(139)
hu kutooo dah kata dah mesti ader citer balas dari teguran dari Selangor N kelantan.. mesti arr.. PKR kena tuduh apalagi PKR tuduh pulak BN.. hu3 jgn marah.. aku taulah citer ko ni betol.. hu3
BalasPadam