Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 25, 2011

PENGGANTUNGAN AZIZ BARI DITARIK BALIK UNTUK PERLAMBATKAN SIASATAN...KAH! KAH! KAH!



DEY MACHA!!!
TIGA HARI LEPAS KATA GANTUNG SEBAB NAK BAGI CEPAT SIASATAN....
HARI NI PULAK CAKAP GANTUNG DITARIK BALIK,
PADAHAL SIASATAN PUN TAK JALAN LAGI,
KAH! KAH! KAH!

INILAH PAYAHNYA KALAU TEMPURUNG KEPALA
DIPERBUAT DARIPADA ACUAN UMPORNO
CEMERLANG GEMILANG DAN TEMBERANG
KAH! KAH! KAH!

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONESelepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

MK

BERITA TIGA HARI SEBELUM TU...

Tugas Aziz Bari digantung untuk cepatkan siasatan - UIAM


Bernama

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan, tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan gajinya turut ditahan.

Beliau berkata, UIAM tetap membayar gaji Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Zaleha berkata, Abdul Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Ahli akademik berhak untuk bersuara di dalam batasan perlembagaan. Sebarang retorik dan fahaman parti yang sempit tidak diterima oleh perlembagaan. Oleh kerana itulah Prof Aziz Bari mesti meneruskan pengajarannya di UIA. Jasanya sangat besar demi kelangsungan sistem perundangan negara yang telus,berani dan jelas.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive