Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 05, 2011

Bajet 2012 : Anwar Dedah Pembaziran Najib RM12 Billion.



KUALA LUMPUR 4 Okt. - Penghapusan subsidi terhadap korporat merupakan salah satu usaha yang bakal dilaksanakan Pakatan jika memegang tampuk Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Bajet Pakatan Rakyat merupakan jalan penyelesaian terhadap suasana ekonomi yang kian menghimpit masyakarat Malaysia.

Beliau juga berkata usaha akan diperhebat dalam menumpukan pengurangan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Pakatan juga memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion dari kadar yang dibelanjakan BN.

"(Namun) kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan BN selama ini," katanya.

Anwar turut menegaskan Pakatan turut mensasarkan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri dengan memotong Bajet sebanyak RM 10 billion.

Selain itu, bajet berkenaan juga menggariskan RM4.4 bilion untuk memperbaiki sistem pendidikan, termasuk elaun khas guru (RM500 sebulan) dan juga gaji minimum untuk kakitangan awam sebanyak RM1,100.

Beliau mendedahkan sebahagian daripada intipati bajet bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" itu kepada petugas media dan ahli parlimen pembangkang di bangunan parlimen hari ini.

klpos

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive