Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 21, 2011

ISU AZIZ BARI: REKTOR UIA KAKI AMPU?


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai “tindakan mengampu”.”Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.”Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

“Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri menyifatkannya sebagai “tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik”.

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai “kepimpinan baru di UIA” yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

“Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik,” katanya.

Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz. Rektor yang baru dilantik pada dua bulan lalu ialah Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (gambar). Beliau juga merupakan pensyarah undang-undang di UIAM sebelum ini.

“Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.

“UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” katanya.

Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – bawah MAIS – terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti “mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama”.

Sumber: Malaysiakini

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive