Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 14, 2011



KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong tidak akan memohon maaf kepada Pemuda PKR serta ketua penerangannya berhubung spekulasi yang membawa kepada penyiaran gambar tidak senonoh, yang didakwa wanita cantik yang menghadiri perhimpunan agung Pemuda MCA baru-baru ini.

Sambil menafikan beliau menyerang Pemuda PKR atau ketuanya, Wee menjelaskan bahawa apa yang beliau katanya ialah Suara Keadilan Malaysia di Wordpress, telah menyiarkan komen dan gambar.

Menurutnya, beliau hanya menyatakan alamat lamanweb tersebut.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa apa yang beliau katanya pada hari Rabu, ialah spekulasi dan pengumpatan yang memuncak dengan gambar-gambar yang tidak sesuai itu, bermula selepas ketua penerangan PKR Lee Khai Loon membuat komen mengenai insiden tersebut.

Katanya, jika mereka tidak bersalah dalam perkara itu, maka Pemuda PKR perlu menyertainya mengkritik orang di belakang lamanweb tersebut dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mencari pelaku sebenarnya.

kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive