Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 13, 2011

Lelaki OKU Putus Kemaluan Terkena Mesin Rumput

Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) putus kemaluan selepas terkena jentera pemotong rumput dalam kejadian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pulau Kerengga.
Mangsa berusia 26 tahun, mengalami masalah lembam dipercayai memanjat bahagian belakang jentera berkenaan tanpa disedari oleh pemandu jentera berkenaan.
Semasa menaiki jentera terbabit, mangsa dilaporkan terjatuh sebelum seluarnya tersangkut pada bilah pemotong rumput menyebabkan pakaian mangsa koyak dan kemaluannya terputus selain mengalami lebam dan calar ada bahagian anggota badan lain.
Pengarah Cosmopal Sdn Bhd, Mohd Amir Hafiz Zainudin berkata, mangsa merupakan pelatih di pusat berkenaan sejak lebih sebulan lalu dan hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan memberi makan kambing.
Beliau berkata pada kejadian yang berlaku Sabtu lepas kira-kira pukul 12.15 tengah hari, mangsa bersama-sama beberapa pekerja lain sedang membuat kerja penanaman sawi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan pekerja lain tidak menyedari mangsa berlari mengekori jentera berkenaan.
Kejadian itu hanya disedari pemandu jentera berkenaan setelah mendengar mangsa menjerit kesakitan, kata Mohd Amir Hafiz.
Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Marang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan berikutan kecederaan parah yang dialaminya.
Sementara itu, ibu mangsa yang enggan namanya disebut ketika ditemui di HSNZ kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya dan mahu mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian pihak pengurusan tempat anaknya bekerja.
“Sebelum saya membenarkan anak saya bekerja di situ dulu saya sudah tanya jenis kerja yang macam mana anak saya akan lakukan dan saya diberitahu anak saya akan beri makan kambing,” katanya.
Namun beliau tidak sangka pihak pengurusan boleh cuai dalam memerhatikan anaknya itu sehingga boleh menghampiri jentera bergerak kerana golongan seperti anaknya itu memerlukan pemantauan rapi.
Menurutnya, walaupun kemaluan anaknya sudah disambung semula melalui pembedahan, namun doktor tidak dapat memberi jaminan sama ada ia akan dapat berfungi seperti normal atau tidak.
Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik juga merupakan anak lelaki tunggal terpaksa bekerja selepas kematian ayahnya akibat penyakit lelah lima tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
- Bernama
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive