Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 04, 2011

Pendedahan Mengejutkan Saksi Misteri



[MK] KUALA LUMPUR: Kredibiliti pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan fitnah II , musnah apabila pihak peguam menampilkan saksi terbaru mereka.
 Saksi berkenaan ialah Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan rakan sekampus kepada Saiful Bukhari.
 Najwan, yang kini bekerja sebagai pembantu khas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrhaim, merupakan saksi misteri yang dinamakan oleh peguam semalam.


Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kimia Kuala Lumpur, Lim Kong Boon memberi keterangan sebagai saksi.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini:

9.48pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari Jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.
 Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia.  Menjawab soalan peguam Ram karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah  Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.
10.14 pagi: Peguam Ram Karpal Singh bertanya samada Bahagian Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.
 Sankara meminta mahkamah berehat sementara menunggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden  bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.
 11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.
11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di asrama berhampirannya di Uniten.“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti,” kata Najwan.

11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman
 “Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.

11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk BN pada 2008.
 11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.
“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
 “Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.
 11.37 pagi: Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri.
Saksi berkenaan bersetuju.
 11.39 pagi: Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi.
 11.40 pagi: Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful.
 ‘Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar,” ujarnya.
 11.45 pagi: Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful?
Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN.
 11.47 pagi: Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau.
  11.48 pagi: mahkamah bersambung pada khamis. 
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK



4 ulasan:

  1. sebab saiful suka publisiti
    sebab saiful jemput hamid albar
    sebab saiful ada friendster
    sebab saiful bergambar dengan menteri
    sebab saiful penyokong BN
    sebab saiful benci anwar
    maka anwar pun liwatlah saiful

    akhirnya air mani anwar berada didalam dubur saiful , seorang pembancuh teh yang berkelulusan Uniten.

    Hanya Bekas pemimpin pelajar di Uniten sahaja yang boleh bekerja sebagai pembancuh teh di serata dunia.

    Hebat konspirasi ini ......

    BalasPadam
  2. yg kata air mani kamu je.yg lain2 smua kata DNA.dn satu lg nk tgur kmu,itu pun klau kmu briman dgn Allah Taala le.PAS tu bkn agama,jd agama apa yg kmu anuti ni.ingt le kata2 kmu mmpu mnjerumus kn kmu ke nraka.bwa2 lh mngucap

    BalasPadam
  3. Berkelulusan uniten ke drop out uniten?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive