Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 08, 2012

Najib lindung perasuah besar?

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail.

Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

“Ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa melakukan rasuah serius dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum,

“Ini adalah “ujian trio” sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras “rasuah besar” oleh kerajaan.”

Rentetan isu yang timbul ini, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap agar Najib akan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan hal berkenaan demi membanteras rasuah.

Persoalannya ujar beliau, “Adakah Najib akan menghantar dan mengemaskini laporan mengenai siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio tersebut?” katanya.

Selain Taib, gesaan siasatan rasuah besar ini juga berdasarkan pendedahan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)? dan isu pengubahan wang haram ke luar negara oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang mendapat liputan media antarabangsa.-roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive