Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 29, 2012

Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing

29 Okt – Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis ‘projek’ untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.

Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.

Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.

Malangnya, konsep merit sebegini ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai.

Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang ‘lone ranger’ dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah.

Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak.

Politik UMNO tidak lari daripada 3K - kedudukan, kuasa dan kewangan, inilah yang menaikkan UMNO dan ini jugalah yang akan menjatuhkan UMNO.

KL Daily


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive