Pada 16 September 2012, che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan SPRM di Pulau Pinang berikutan kewujudan satu set dokumen milik Persatuan Bekas Polis Malaysia yang memperakui bahawa menerima Geran Bantuan Kebajikan Perdana Menteri Malaysia bernilai RM500,000. Malangnya sebanyak 40 % dari bantuan tersebut terpaksa dibayar kepada sebuah syarikat membawa nilai RM200,000 kerana menjadi orang tengah. Dalam dokumen yang sama juga disebut dengan jelas wujud pertemuan pemimpin persatuan tersebut dengan Datuk Seri Chua Soi Lek meminta bantuan mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri dan bersetuju menjadi orang perantaraan. (klik sini untuk baca lanjut)
Namun sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang maklum balas dari laporan tersebut. Walaubagaimanapun SAMM tidak berdiam diri, satu pasukan carian maklumat lanjut dibentuk kerana yakin kes ini bukan kes terpencil dan ia membawa erti besar dalam kehilangan banyak wang (ketirisan) rakyat.
Tekaan kami tidak meleset kami menemui beberapa lagi kes berkaitan kehilangan wang rakyat menerusi persatuan ini. Wujud juga laporan polis berkaitan kehilangan peruntukan sekitar RM600,000 ribu ringgit, tanah, pasir dan seumpamanya. Malah laporan polis oleh individu yang dikenali sebagai bapa mertua Yang Di Pertua Dewan Rakyat juga wujud mengadukan hal kehilangan dan penyelewengan.
Syarikat yang dibayar komisyen 40 % dari sumbangan kebajikan tersebut dikenali sebagai KT Solution Enterprise. Berdasarkan pendaftaran syarikat bertaraf Enterprise ini sepatutnya melakukan perniagaan membekal, membaiki Komputer, membekal alat ganti serta pengurusan pekerja, maka muncul persoalan dari pendaftaran tersebut dimanakah hak syarikat tersebut mengutip komisyen ? Apakah SSM tidak tahu perkara ini atau SSM cuma mengambil tahu pendaftaran SUARAM kerana tekanan pihak tertinggi negara kerana ketakukan isu pendedahan skandal kapal selam yang dilakukan.
Kami percaya dan yakin ini bukan aktiviti memungut komisyen yang pertama kali, maka seharusnya serbuan dibuat kepada syarikat tersebut dan merampas semua dokumen maka akan terbongkar berapa juta sebenarnya sudah terkumpul atas nama komisyen dari wang kebajikan yang diambil sebagai orang tengah ? Bagaimana pula nama Datuk Seri Chua Soi Lek yang turut disebut dalam dokumen tersebut. Berapa banyak lagi kutipan derma atau dana kebajikan yang terpaksa dipotong atas nama komesyen pengantara ?
Ini semua membuktikan berapa juta pun buget negara menyebut peruntukan untuk kebajikan dan seumpamanya ia tidak akan membawa apa makna kerana sebahagian besar akan tiris dan tidak sampai ke pihak sewajarnya. Malang sekali dalam belanjawan kali ini langsung tidak menyebut bagaimana usaha regim untuk menangani ketirisan yang berlaku dan amat parah.
Berkenaan Persatuan bekas Polis Malaysia, rupanya persatuan ini dalam kemelut yang teruk dan bukan sedikit aduan polis,sprm dan aduan kepada pendaftar pertubuhan dibuat. Namun persatuan yang turut memuatkan nama Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Hishamuddin Hussien sebahagia penasihat terus terbiar dalam kemelut tidak berpenghujung. Bukan itu sahaja Datuk Seri Rais Yatim juga tersenarai sebagai penasihat tabung kebajikan iaitu tabung yang diseleweng dengan membayar komisyen orang tengah. Adakah mereka ini sekadar meletakkan nama atas kepentingan politik semata ? YB Datuk Wan Junaidi juga tersenarai sebagai Naib Presiden.
Setiap kali kebelakangan ini bekas tentera mendapat juga habuan dari belanjawan yang dibentang (itupun atas ketakutan regim kerana untuk memujuk semula ramai bekas tentera yang mula beralih untuk menyokong PR), malangnya bantuan kepada bekas polis kelihatan sedikit kebelakang, adakah ini kerana persatuan bekas polis yang pengurusannya bermasalah ?
Kami pendokong PR biarpun dipukul oleh polis namun kami sedar ia atas arahan siapa. Kami terus berbesar hati membela kebajikan anggota polis. Kini setelah sedar bahawa bekas polis juga mengalami masalah dan wang peruntukan kebajikan mereka di kianat juga kami muncul ke depan membela dan mengenengahkan.
SAMM dua hari berulang ke parlimen Malaysia menemui beberapa ahli parlimen untuk mengenengahkan perkara ini. Akhirnya ahli parlimen Bakri (DAP) dan Jerai (PAS) bersetuju membawa perkara ini dalam ucapan perbahasan mereka.
Persoalanya kini adakah iajuga akan disapu dibawah permaidani?
chegubard