Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 15, 2012

AES tak dipasang di kawasan kemalangan?





NGO berkaitan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mempersoalkan kenapa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak dipasang di kawasan kemalangan sedangkan tujuannya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.

Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar (kanan) mempersoalkan kenapa sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam.

"Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan penyu? Atau antara kereta lembu?" soal Mahfuz yang juga naib presiden PAS dengan sinis.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kepada mereka angka sebenar kawasan kemalangan untuk dibandingkan dengan tapak AES.

Beliau yang sebelum itu mengunjungi tapak AES berkata menerima laporan yang mendakwa sistem itu mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive