Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 31, 2012

PANAS!!! BN KHIANATI JANJI PRK BATU SAPI?

PALSU......Daniel percaya papantanda ini palsu kerana mengikut semakan penduduk kampung mendapati Para Cemerlang Sdn Bhd menafikan mereka mendapat kontrak berkenaan. Siapa betul?

Oleh: SAMSIAH LAMSAH

SELEPAS Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 4 November 2010, penduduk Kampung Lupak Meluas terus menanti Kerajaan Barisan Nasional menunaikan segala janji yang dilafazkan daripada 'lidah tidak bertulang' pemimpin UMNO; sehinggalah mereka sedar bahawa segala janji berkenaan hanyalah 'janji kosong' setelah mereka akhirnya menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.

Jurucakap penduduk Kampung Lupak Meluas, Daniel Abdul Ganih, ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi mengesahkan bahawa tidak ada satu janji yang dibuat pada PRK Batu Sapi ditunaikan Kerajaan Barisan Nasional sehingga ke hari ini.
"Malah kami dihalau keluar daripada tanah yang kami duduki oleh pemilik tanah setelah Kerajaan BN gagal menunaikan janji membina rumah PPR di tapak yang sebelum ini diwartakan untuk penempatan semula penduduk Lupak Meluas," kata Daniel yang memaklumkan bahawa papantanda janji BN masih berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR berkenaan.

Kata Daniel, selepas PRK Batu Sapi, hanya Pesuruhjaya PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang datang menjenguk dan membantu mereka setelah pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat menipu dan menggelapkan wang saguhati yang dijanjikan kepada mereka oleh pemilik tanah yang dijadikan tapak rumah mereka selepas Kampung Lupak Meluas terbakar.

Dengan bantuan Haji Hamzah, mereka berjaya mendapat sedikit saguhati untuk membolehkan mereka membuka rumah mereka dan mencari tapak baru bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru setelah tidak ada walau seorang pemimpin BN sudi melayan rayuan dan aduan mereka setelah menerima notis perintah mengosongkan tanah daripada mahkamah.

Tetapi kata Daniel, mereka kesal disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terus menekan mereka agar membayar sejumlah tertentu sebelum boleh membina rumah di kawasan baru sekalipun pemilik tanah telah memberikan mereka kebenaran dan menerima bayaran sewa.

"Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong dan para pemimpin BN amat mengetahui masalah kami, tetapi tidak ada yang turun padang membantu kami," kata Daniel yang kesal kerana mereka hanya dijadikan umpan untuk mengundi dan memenang BN dalam PRK yang amat genting berkenaan.

Kata Daniel, beliau amat menyesal berkempen bagi pihak BN dan memujuk masyarakat Bajau menyokong BN pada PRK berkenaan sehingga calon BN yang tidak pernah menjejakkan kaki berkenaan ke kampungnya mendapat undi majoriti.

"Selepas PRK Batu Sapi, kami berulang kali mengemukakan masalah ini kepada Datin Linda dan Datuk Samsuddin, tetapi rayuan kami tidak pernah dilayan," kata Daniel lagi.

Menurut Daniel, projek merekabentuk, membina dan menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat 'walk-up' dan kerja-kerja berkaitan dengannya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di atas P.T.2010070049 Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.

"Kontraktorpun telah dilantik iaitu kontraktor Para Cemerlang Sdn.Bhd. Tetapi sehingga ke hari ini hanya papan tanda yang berdiri, tetapi rumah kami pula yang dirobohkan," kata Daniel dengan nada kesal kerana Kerajaan BN umpama habis madu sepah dibuang.

SK

BARANG BAIK - BARANG BAIK - BARANG - BAIK BARANG - BAIK BARANG BAIK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive