Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 03, 2012

ST1M - Skim Telefon 1Malaysia




DEY MACHA!!!
ADA PROJEK BARU DARI TOKEY 1MALAYSIA
INI PROJEK BARU NAMANYA ST1M
WALAUPUN TAKDAK TELOQ JANJI BOLEH ST1M
KAH! KAH! KAH!

INI PROJEK BARU
SAPA NAK JADI PEMBEKAL
MESTI TAU TARIAN PUNGKOQ
MESTI PERNAH USUNG KEPALA LEMBU
KAH! KAH! KAH!

INI PROJEK BARU
SILA CEPAT HANTAQ TENDER
HANYA KRONI DIUTAMAKAN
MESTI BERPENGALAMAN MENIPU SELAMA 55 TAHUN
KAH! KAH! KAH!


Rebat telefon pintar hanya melalui 'pembekal terpilih'

Individu yang layak menerima rebat telefon pintar RM200 yang dicadangkan dalam belanjawan 2013 hanya boleh mendapatkan diskaun itu melalui "pembekal terpilih".
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah berkata individu yang layak boleh mendapatkannya melalui pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Bernama sebelum ini melaporkan saranan daripada satu badan yang kurang dikenali, Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) , yang mahu SKMM melantik ejen terpilih untuk menjual telefon pintar itu.

Persatuan itu bimbang, bekalan telefon itu terjejas dan pengedar akan menjual telefon bukan asli dan menaikkan harga.

Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000.

Sementara itu, Mohd Irwan turut mengulas mengenai belanjawan alternatif yang dikemukakan Pakatan Rakyat akan menyebabkan satu kejutan kepada ekonomi.-MK

APAKAH PROJEK INI AKAN POTONG STIM
MACAM PROJEK NOTEBOOK 1MALAYSIA
KRONI DAN PEMBEKAL UNTUNG JUTA-JUTA
RAKYAT JUGA YANG MERANA
BARU BELI TAK LEH GUNA
KAH! KAH! KAH!


TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.

Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.

“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.

Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.

“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.

“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.

“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya.-sinarharian


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive