Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 25, 2012

SAPA BISIK KAT TELINGA HASSAN INI?


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA masyarakat Islam sudah ramai bangkit menentang kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menghina Hukum Hudud, maka situasi ini tentulah tidak menguntungkan buat 'broker' Umno iaitu si Hassan. Ini adalah kerana semakin ramai masyarakat Melayu Islam di dalam Umno sendiri mula merasa jauh hati dengan MCA, lebih-lebih lagi pemimpin Umno di dalam keadaan berpeluk tubuh.

Di Parlimen, kenyataan Chua Soi Lek ini dibantah keras oleh pemimpin DAP sehingga ada yang menepuk meja membela Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul AM PAS di dalam isu tersebut. DAP sejak dahulu tidak bersetuju dengan hukum Hudud, mungkin sezaman dengan Umno yang juga menentang hukum ini. Tetapi, DAP tidak memperlekehkan hukum berkenaan berbeza dengan Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin mereka, bahkan pemimpin Umno juga begitu. DAP tidak pernah menyaman hukum Hudud di mahkamah, tetapi sejarah ada mencatatkan pemimpin Umno dahulu pernah cuba berbuat demikian. DAP tidak pernah sebut hukum Hudud ini ciptaan manusia bukan dari ajaran Islam, tetapi pemimpin Umno ada yang berangapan demikian. Hujah DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud hanyalah berpandukan kepada Perlembagaan Negara sekarang yang pada DAP masih sekular. Dan, memang sekular pun.

Apabila MCA memperlekehkan hukum Hudud, manakala DAP menentang cara MCA itu maka sudah tentu sokongan kaum Cina akan beralih kepada DAP, dan sokongan kaum Melayu bertambah kepada PR. Sudah tentu keadaan ini merimaskan si Hassan Jati kerana tugas sebagai 'Broker' Umno akan bertambah sukar. Umno akan rugi besar apabila kaum Cina menolak sikap melampau MCA dan kaum Melayu pula menyampah dengan perangai pemimpin Umno yang suka membisu apabila agama mereka diperlekehkan. Ini menyusahkan hati si Hassan Jati.

Maka, berbisiklah Syaitan yang dikenali kepada telingan si Hassan. Bisikan itu mengajar si Hassan Jati mempercayai bahawa MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik. Kononnya, MCA dan DAP sengaja mainkan isu ini agar sokongan masyarakat Cina kembali kepada kedua-dua parti yang berbeza dasar tersebut. Lojikkah apa yang dibisikkan oleh Syaitan yang dikenali itu?

Jika hanya kerana mahukan sokongan kaum Cina, mengapa 'lakonan' tersebut tidak dilakukan oleh MCA dan Gerakan sahaja? Bukankah kedua-dua parti tersebut berada di dalam satu kem Bn? Mengapa mesti bersama DAP yang terang-terang berbeza dasar perjuangannya dengan MCA? Lupakah kita sewaktu debat Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng yang lepas, Chua Soi Lek terang-terang menyebut bahawa MCA berjaya menghalang Umno dari laksanakan hukum Hudud. Beliau mencabar DAP, adakah DAP berani berbuat demikian terhadap PAS? Jawapan Lim Guan Eng jelas dan bijak apabila menyebut bahawa kita di dalam DAP tidak akan mencampuri urusan agama orang lain sepertimana PAS juga tidak pernah mencampuri urusan agama orang lain. Bukankah jauh beza pendirian MCA dengan DAP? Lojikkah dua parti yang berbeza prinsip ini boleh 'berlakon' dan apa untungnya mereka berlakon apatah lagi disaat kaum Cina kini dikatakan oleh penganalisa dan bancian iaitu lebih 44% tidak kisah lagi dengan Hukum Hudud?

Mengapa si Hassan boleh terpedaya dengan bisikan itu? Tidak lain tidak bukan, hajat si Hassan Jati adalah mengulangi hajat lamanya iaitu Umno dan PAS mesti bercantum. Kononnya, kaum Cina telah bersatu, kini Umno dan PAS juga mesti bersatu. Kita mahu beritahu si Hassan Jati, jika Umno dan PAS mahu bersatu, tidak perlu tunggu MCA dan DAP bersatu. Sejak dulu lagi patutnya kita boleh bersatu asalkan Umno mahu terima Islam sebagai asas penyatuan, bukannya kerana Melayu. Umno mesti berubah dari memijak kepala orang-orang Melayu untuk kepentingan pemimpin mereka. Negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah mesti dibela dan tidak dianiayai. Hentikan perbuatan menfitnah pemimpin Melayu Islam sehingga ke tahap fitnah jijik dan kotor.

Hassan Jati tidak boleh berfikir jika Umno dan PAS bersatu, maka PKR akan hilang kawan maka beliau boleh jadi MB Selangor dengan mudah. Jika itu mimpi beliau selama ini, lebih baik kuburkan Umno secepat mungkin kerana tanpa Umno, Melayu tidak hilang dan Islam lebih terjamin. Itu lebih afdhal./wfauzdin.blogspot.com



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive