Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 23, 2012

KEADILAN bongkar skandal MB N.Sembilan rembat tanah negeri

PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.
Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.
Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.

Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).

“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

“Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.

“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi.

Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff.

KD

8 ulasan:

  1. Apalagi pemimpin BN boleh buat, mereka hanya mampu kumpul dulu kekayaan sebelum rakyat bangkit tuntut hak mereka semula.

    BalasPadam
  2. Mengapa saudara Rafizi x dedahkn kekayaan adun² dan ahli parlimen PkR yg kaut kekayaan dgn sekelip mata. Isu pembalakan di Kedah. Jgn dah ter bongkar rahsia kumpulan kamu bru terhegeh² nak cri alasan untuk tutup pekong korang dengan tuduh org lain utk alihkn perhatian. Lu x ada kredebeliti la saudara Rafizi. Bak kata peribahasa., Ayam berkokok nyaring tapi ekor penuh ter palit taik. Faham maksud hamba.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive