Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 27, 2012

KEADILAN desak Bank Negara siasat kes seludup RM40 juta


KUALA LUMPUR 25 Okt: KEADILAN mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan kes penyeludupan wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, ia berikutan pendedahan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing semalam yang menyatakan wang itu disalur kepada akaun peribadi seorang pemimpin Umno Sabah yang tidak dinamakan.

“Antara individu yang patut disiasat ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno ‘X’ yang menerima wang itu.

“Pemimpin Umno yang tahu kes ini dan ahli perniagaan Sabah yang dituduh mengaut keuntungan hasil balak secara rasuah, Michael Chia juga perlu disiasat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan laporan siasatan kepada Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Zoe Rai di Sasana Kijang, Bank Negara tengah hari ini.
Michael Chia sebelum ini dikatakan menyalur wang itu ke akaun yang dibekukan manakala Nazri Aziz pernah membuat kenyataan media, kononnya ia tidak berlawanan dengan undang-undang.

Rafizi berkata, BNM perlu membuat siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AML) kerana sumber wang itu meragukan.
“Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti haram, individu yang membuat transaksi tanpa alasan munasabah juga boleh didapati bersalah.
“Penyelewengan dalam sektor perbankan dan kewangan tidak wajar diambil mudah kerana aktiviti pengubahan wang (money laundering) beri kesan besar kepada reputasi BNM sebagai pusat kewangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, BNM tidak harus berpuas hati dengan alasan ringkas yang diberi Datuk Seri Najib Razak dan Nazri Aziz, kononnya ia derma politik kepada Umno.

“Malah, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin memaklumkan beliau tidak tahu mengenai wang itu dan tidak menolak kemungkinan Musa Aman turut mendapat habuan.
“Ia sudah cukup untuk dijadikan asas siasatan,” kata Rafizi.

Pemuda Pakatan Rakyat pada 24 Oktober lalu menggesa kerajaan Umno dan Musa Aman menjawab isu penyeludupan RM40 juta dari Hong Kong oleh seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.

Sejak 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah menafikan skandal itu,” katanya.

KD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive