Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 08, 2012

Turun petrol: Chua tak tahu beza manifesto, belanjawan





KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas kritikan Chua seperti dilapor Malaysiakini semalam, bahawa Pakatan gagal memasukkan janji menurunkan harga petrol dan memansuhkan tol dalam belanjawannya.
Wiliam berkata, belanjawan adalah perancangan sesebuah kerajaan menggunakan wang bagi mentadbir negara dalam jangka masa setahun.
“(Manifesto) Buku Jingga pula janji-janji kita yang akan dilaksanakan dari masa ke masa selepas jadi kerajaan pusat,” katanya kepada Suara Keadilan.
Katanya lagi, perkara paling penting dalam Belanjawan Pakatan adalah mengurangkan defisit negara yang tinggi pada masa ini.
“Ternyata Chua gagal lihat perbezaan ini…dia cuba ambil satu perkara dan masukkannya ke tempat lain,” kata Bendahari KEADILAN itu.
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat yang dibentang Ketua Pembangkang 26 September lalu menyasarkan penurunan defisit kepada 3.5 peratus, berbanding 4.5 peratus pada 2012.
Menurut Wiliam, Chua juga terlepas pandang kerana Belanjawan Pakatan ada memperuntukkan RM6.4 bilion untuk memansuhkan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama pentadbiran.
Tambah beliau, Chua hanya tahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta sebenar dan tidak munasabah.
“Ia cukup malang…rakyat pasti akan kecewa apabila lihat (taraf) pemimpin muda BN hari ini,” katanya.

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive