Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 13, 2012

Antara AES, hudud dan hipokrit Umno



Umum sudah mengetahui bahawa Automated Enforcement System atau ringkasnya AES telah mula dilaksanakan di Malaysia di lokasi-lokasi tertentu. Sehingga kini sudah 14 daripada 831 lokasi telah dipasang kamera AES. Sejak AES beroperasi pada September lalu hampir 80 ribu saman telah dikeluarkan.

Walaupun mendapat bantahan daripada pengguna jalan raya sama ada pertubuhan bukan kerajaan, perti pembangkang, orang persendirian mahu pun ahli parlimen kerajaan sendiri, AES terus dilaksanakan.

Kerajaan dilihat begitu komited melaksanakan AES yang diswastakan kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Pelbagai hujah dijadikan sandaran dan yang paling kerap digunakan ialah pelaksanaan sistem ini demi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Media arus perdana digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan tindakan kerajaan ini.

Yang menjadi persoalan ialah, kenapa dalam hal AES kerajaan begitu bersungguh-sungguh berusaha memastikan sistem ini terlaksana. Amat jauh berbanding dalam isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam – yang di dalamnya terkandung hudud.

Apabila diminta melaksanakan hudud, maka bermacam-macamlah alasan dan dalih supaya undang-undang tersebut tidak dilaksanakan. Bukan itu sahaja, Umno-BN menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang orang lain yang mahu melaksanakannya.

Padahal, kewajipan melaksanakan undang-undang Islam itu datangnya daripada Allah SWT, berbanding AES yang hanya dicipta untuk menangani kemaslahatan semasa.

Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia, muslim dan yang cintakan Islam melihat Umno-BN bersikap hipokrit. Sepatutnya, setelah memerintah lebih 55 tahun, tidak timbul lagi pertikaian tetang hudud. Kuasa dan masa yang ada sepatutnya digunakan sebaik-baiknya memberi kefahaman kepada rakyat Islam dan bukan Islam tentang kebaikan undang-undang Islam.

Oleh itu, sudah sampai masanya Umno-BN direhatkan dan memberi peluang kepada orang lain yang benar-benar berniat mendaulatkan hukam-hakam Islam di bumi Malaysia ini.

Sulaiman Selamat

HD

6 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive