Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, November 25, 2012

Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka


GOMBAK, 24 NOVEMBER: Peserta “Green Walk” yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak.

Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew.

Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat.

Menurut wakil “Green Walk” yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang.

“Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang,” katanya

Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kumpulan anti-Lynas masih belum memberitahu polis mengenai rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin ini.

Mengenai usaha pihak untuk menggagalkan perhimpunan di Dataran Merdeka itu, Wong mempertikai elemen apakah yang boleh mengancam keselamatan negara dengan perhimpunan itu.

“Kami berjalan dengan penuh cinta. Rakyat sudah berjalan jauh sehingga 300 kilometer dan adakah masuk akal untuk mereka mohon kebenaran untuk duduk dan meregangkan kaki,” katanya.

Pada Isnin lalu, Lynas mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi memproses bahan mentah bulan depan dan semalam lebih 100 kontena mengandungi bijih nadir bumi sudah tiba di Pelabuhan Kuantan dengan kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Kesanggupan Malaysia membenarkan nadir bumi diproses di Kuantan meningkatkan kebimbangan umum berlakunya risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan manusia terjejas dengan bahan berbahaya radioaktif seperti yang berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 80-an. – Roketkini.com

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive