Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 28, 2012

PENGANTIN BARU BERSUNAT


BALING - Pengantin baru antara salah seorang dari 21 peserta Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong di sini, baru-baru ini.

Jabbar Kamaruddin, 18, yang baru melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu merupakan masyarakat Orang Asli Kensiu.

Dia yang hanya bekerja kampung itu merupakan peserta tunggal yang sudah berkahwin berbanding peserta lain yang berumur antara lapan sehingga 10 tahun.

Katanya, keputusannya untuk berkhatan adalah dari dirinya sendiri bukannya dipaksa oleh keluarga mahupun orang lain.

“Hati saya terdetik untuk berkhatan sama seperti rakan sebaya. Semua mereka berkhatan. Jadi, mengapa saya tidak tidak. Lagipun, berkhatan ini juga bertujuan untuk membersihkan diri,” katanya.

Jabbar yang tinggal di Kampung Lubok Legong itu berkahwin dengan pasangannya, Mahzun Husniah, 16, yang berasal dari Desa Permai Tasik Banding, Perak.

Menurutnya, dia tidak malu diraikan termasuk dimandikan bersama kanak-kanak lain sempena majlis khatan itu.

“Menjadi perkara biasa setiap peserta khatan dimandikan bersama. Tiada apa yang dimalukan. Lagipun, saya gembira kerana diraikan termasuk diarak dengan paluan kompang.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat merasai nikmat majlis berkhatan walaupun jauh lebih berumur dari peserta lain,” katanya.

Katanya, rakan-rakan termasuk ahli keluarganya turut memberikan sokongan kepadanya agar berkhatan pada tahun ini.

“Niat saya untuk berkhatan disambut baik oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak mengejek tetapi menyokong.

“Selain itu, saya banyak membaca mengenai kebaikan berkhatan ini. Yang penting ia merupakan kewajipan kepada setiap lelaki yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.


SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive