garamlada
Isnin, November 26, 2012
Letaklah jawatan...dah lama sangat dah!
Walaupun didoa agar menang oleh seluruh peminat namun malam tadi pasukan Harimau Malaya KO kepada pasukan Singapure! Satu keputusan KO yang sangat mengecewakan peminat bolasepak tanahair!
Menonton permainan pasukan Harimau Malaya si Rajagopal malam tadi tak ubah bagaikan menonton perlawanan bolasepak di padang belia sebuah perkampungan kecil di pedalaman negara yang entah di mana. Lembik, berat kaki, pucat muka, garba, lintang kalang, serba tak kena dan macam-macam aksi terencat ada di tengah padang! Macam tu nak mempertahankan juara?
Sebenarnya, rasanya para pemain bolasepak Malaysia tidak salah dalam setiap pertandingan jika mereka kalah. Yang salah bukan pemain tetapi aku tetap menyalahkan FAM dan jurulatih! FAM dan jurulatih bolasepak Malaysia tak ada erm dan kualiti dalam mengendalikan FAM dan latihan bola sepak pasukan negara!
Dulu zaman Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Presiden FAM, pasukan bolasepak Malaysia benar-benar harimau kepada pasukan lain dalam dunia ini. Dibaham habis pasukan yang menentangnya. Jepun, Korea Selatan, Iran, Kuwait dan lain-lain kecut perut dengan Harimau Malaysia waktu itu. Dengar sahaja nama Syed Ahmad, Abdullah Ali, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, Super Mokh dan lain-lain dua tiga kali pergi kecing pemain lawan sebelum masuk padang!
Pasukan Harimau Malaya Rajagopal hari ini? Pasukan Bangla pun bermain sambil gelak-gelak!
Begitulah nasib pasukan bolasepak Malaysia, selepas Tan Sri Hamzah Abu Samah pergi dan diganti dengan orang lain. Kini Pasukan bolasepak Malaysia nama sahaja harimau tapi macam harimau tua yang dah tak ada gigi...ek eleh sapalah nak berdebor bila berentap dengan harimau yang macam tu?
FAM dan jurulatih bolasepak yang ada pada hari ini terkena penyakit kerajaan Umno/Bn dalam membuat dasar-dasar kerajaan yang tak habis-habis nak berekperimen. Kerajaan Umno/Bn banyak membuat dasar yang mengekperimenkan nasib dan masa depan rakyat, kalau eksperimen berjaya oklah , kalau gagal nasiblah rakyat, janji para kroni tak boleh dirugikan!
Apa yang berlaku kepada pasukan yang digelar Harimau Malaya malam tadi adalah padah daripada ekpesimen sang Raja yang tak habis-habis! Rasanya eksperimen sang Raja akan hanya selesai sebaik pasukan Malaysia tersadung dalam piala AF Suzuki ini. Aku tak yakin Rajagopal akan terus berjaya dengan eksperimennya nanti.
Untuk mengatasi masalah pasukan bolasepak negara yang ada pada hari ini, aku berpendapat Rajagopal perlu meletak jawatan segera untuk tugas beliau diambil alih oleh jurulatih lain yang lebih kreatif dan bertenaga! Rajagopal sudah tidak kreatif lagi...rasanya sistem latihannya telah bercelaru! Dia mesti berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan.
Yang paling penting untuk diinsafi bukan sahaja Rajagopal tapi jugak pengurusan tertinggi FAM. Semenjak peninggalan Tan Sri Hamzah Abu Samah, produktiviti FAM tidak banyak boleh dibanggakan dalam membina pasukan bolasepak kebangsaan yang menjadi minat dan harapan pelbagai golongan dan majoriti rakyat. Pasukan pengurusan tertinggi FAM dalam keadaannya yang ada pada hari ini begitu sukar dan terlalu payah untuk dikritik dan ditegur oleh para pengkritik sukan bola sepak yang telus, jujur dan profesional. Salah-salah kritik bimbang dikatakan tiada adab dan menderhaka pulak.... jadi pakat-pakatlah buat tak kisah...lantaklah! Sampai bila kita mesti begitu?
Dengan sebab itu pengurusan tertinggi FAM wajib diubah seperti mana rakyat umum sedang berusaha mahu mengubah Umno/Bn yang telah tidak relevan lagi pada masa ini. Pengurusan tertinggi FAM yang lebih kreatif dan profesional perlu diserahkan kepada mereka yang ahli dan pakar yang berpijak dibumi nyata bukan meletakkan pengurusan FAM dikasta yang terlalu tinggi hingga sukar untuk 'dibelasah' secara profesional dan telus demi peningkatan mutu bolasepak negara.
Mudah-mudahan tulisan ini tidak dianggap biadap dan derhaka kerana memang pengurusan tertinggi FAM yang ada pada hari ini sudah tidak mampu lagi mengangkat martabat dan maruah pasukan bolasepak kebangsaan ke tahap yang membanggakan kita semua!
Sampai bila kita mesti terus memberi alasan yang karut setiap kali kita gagal? Dan setiap kali gagal para pemainlah yang menjadi mangsa untuk disingkir. Bagaimana pula dengan jurulatih dan sekali sekala salahkah kalau pengurusan tertinggi FAM mengambil tanggungjawab meletak jawatan? Buatlah sekali...dah lama sangat dah pun!
garamlada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
November
(96)
- GAMBAQ PALING NGERI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
- PEMIMPIN ULUL AMRI DAN ULUL K-POP
- BAYI 38 HARI MAUT DITIMPA DURIAN
- ENAM PERSOALAN HIDUP
- PERCAYAKAH ANDA TANPA UMNO KITA MAMPOS ???
- Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid Kering
- Pak Habib Ditahan Polis
- “Ulang tayang drama” lakonan UMNO bermula
- Desak Tangkap Hishamuddin Hussein
- Kadar tol Jambatan Pertama Pulau Pinang mungkin naik?
- LIVE AFF 2012: MALAYSIA VS LAOS
- LIVE AFF 2012: INDONESIA VS SINGAPORE
- PANAS!!! PUNCA HARIMAU MALAYA KALAH DIKENALPASTI
- PENGANTIN BARU BERSUNAT
- [VIDEO] Deepak, Kawan Rosmah, Dedahkan Diberi Amar...
- MUHYIDDIN SI LEBAI MALANG
- PANASSSS!!!!...PARA PEJUANG TUNTUTAN ROYALTI MINYA...
- Kalau Najib takut berdebat dengan Anwar, bagaimana...
- Noh Tidak Profesional, Halang Pegawai Pertanian Ju...
- GEMPAQ!!! BEG BERSOLAT JEMAAH???
- Letaklah jawatan...dah lama sangat dah!
- BUKTI CAKAP NAJIB TAK LEH PAKAI
- Peserta Himpunan Hijau bermalam di Dataran
- TONIK LUAR BIASA NAJIB BELUM CUKUP BAGUS UNTUK SEM...
- LAWAK AHAD: DIALOG ORANG BALING
- Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka
- Nurul Izzah saman Utusan, sedia menghadap Sultan
- KES RM40 JUTA: RAFIZI SERAH BUKTI BARU
- HUKUM ORAL SEKS
- PANAS!!! Indonesia Buka Siasatan Kes 'Rogol' Rais ...
- PEKERJA PROPEL MAUT DILENYEK TRELLER
- Gempaq dan Bangang!!! UMNO Kelantan buat laporan P...
- KENDERAAN KONTRAKTOR AES MENYAMAR JPJ ?
- KENA MAIN DENGAN BANGLA
- UTUSEKS DAH SOKONG PAS
- BEGER MEKDI,MURTAD DAN SETAN
- PANTUN: UMNO BOLEH BLAH
- DOA BAGI LINGKUP UMNOBN TAPI ASAN ALI YANG KEPANASAN?
- PERTANDINGAN MENGHIAS KOLAM BADAK
- GEMPAR!!! MISTERI LANTAI GARAJ PANAS
- LAWAK AHAD: LALAT
- Kubu Umno Pecah Lagi.. 213 Sertai PKR
- Bapa Sembelih Bayi Umur 11 Bulan
- MAYAT ANAK DISIMPAN DI DALAM PETI AIS KERANA RINDU
- Anwar dakwa Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'
- Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS
- MISTERI ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN
- KAMPUNG TANPA WAYAR: TM BAGAIKAN PELACUR TUA?
- Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan
- Mimpi Rasulullah S.A.W
- 3 Polis dituduh rogol wanita Indonesia didakwa har...
- Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...
- BERITA YANG DISOROK MEDIA ARUS PERDANA?
- Nasha tak hadir muktamar PAS
- Hijrah tuntut rakyat berani lakukan perubahan
- KARTUN MALAM PERTAMA JAGUH BADMINTON
- ANU TERSEPIT ZIP
- SATU KAMPUNG NAK KELUAQ UMNO
- Kereta Bob Lokman Diserang Gajah
- JOM TENGOK PEMUDA UMNO BERKHATAN
- Antara AES, hudud dan hipokrit Umno
- BAYANGKAN INI NURUL IZZAH
- Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta?
- BOLEH PITAM NAJIB KALAU DIA BACA SMS NI
- GEMPAQ!!! KAMERA AES DIPASANG SECARA HARAM?
- Panglima Umno beri notis minta Najib kemas barang
- APA MOTIF ROSMAH NI BRO?
- LAWAK AHAD: BANG BANGUN BANG...
- Talian hayat terakhir buat DS Najib
- GUA MATI2 INGAT NAJIB NAK JADI IMAM BEB...
- IMEJ HANTU DALAM GAMBAR
- AES: JOM PAKAT LAWAN DI MAHKAMAH
- BERTUDUNG BERBAJU SENDAT
- Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana
- Pelajar dituduh berzina dengan guru
- Petanda Besar Umno Bakal Karam.
- Imam ditemui mati dipukul dalam surau
- Wanita puas seks lebih jelita
- BUAT VIDEO SEKS KANTOI,DEPA BUAT VIDEO BANGANG PULAK
- MAMPOIH LA UTUSAN
- PANAS!!! Pelaburan Emas; Anak Syarikat Kerajaan Te...
- BN kaut hasil cukai judi RM9.3 bilion
- Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di st...
- Penyelewengan daftar pemilih SPR bukti Umno BN pen...
- KHIDMAT GUGUR JANIN PELAJAR SEKOLAH
- PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu
- VIDEO POLIS TRAFIK KANTOI
- PANAS! Lapan Kerusi Parlimen Di Pahang Bakal Diram...
- LAWAK AHAD: SYURGA
- Konvoi Kembara Oren disekat di Sungai Siput
- RAKAMAN PERBUALAN MELAMPAU
- 13 tanda kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita
- Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael C...
- Provokasi Umno ganggu ceramah Merdeka Rakyat gagal
- MEDIA BANGSAT BAKAL DISAMAN LAGI?
- Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 K...
-
▼
November
(96)
Sangat setuju. Pengurusan yg perlu DITUKAR.
BalasPadamMak aku da umo 83 thun... Dia slalu perli malaysia kalah sbb mkn blacan.... tak mcm zaman mokhtar dahari, so chin an, arumugam.....
BalasPadamKao bygkn le, walu pun da berumor tpi mak aku tetap ingat kehebatan bolasepak zaman depa ni...
Aku tanya: nape ckp mkn blacan pulak ye.... Responnya simple: da lma sngt2 da bhn utamanya
Hahaha hihihi huhuhu