Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, November 18, 2012

GEMPAR!!! MISTERI LANTAI GARAJ PANAS

Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.


SEREMBAN - “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

SH



4 ulasan:

  1. ada gas kut di bawah tu...............

    BalasPadam
  2. Gunung berapi nak timbul kot. Maklumlah kemaksiatan dan kedurjanaan menjadi-jadi di Malaysia.

    BalasPadam
  3. Panggil kencana petroleum buat xplorasi. Kaye N9, Kaye Isa pendek, mohd hassan dan kuncux UBN

    BalasPadam
  4. Cuma ada dua kemungkinan. Jika ada sumber mineral kat bawah tu kayalah Isa Pendek, Mat Hassan dan kuncu-kuncu depa. Kalau ada lahar gunung berapi nak meletus, cepat-cepatlah kita bertaubat dan mengucap kerana akan berlaku 2 kematian serentak....Pertama mamposnya UMNO dalam PRU13 nanti dan kedua bencana alam yang memusnahkan negara tercinta ini. Tapi takpe....dapat tengok kematian pertama tu pun dah puas hati ini....kah kah kah!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive