Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 10, 2012

Talian hayat terakhir buat DS Najib


"Kita dapat baca di media-media beberapa akhir ini, DS Najib mula mengorak langkah menjadi muslim sejati dan baik. Ini adalah kerana beliau mula nampak bahawa peluang beliau untuk menang juga amat bergantung pada undi Melayu Muslim.

Walaupun masih banyak Melayu (bukan Muslim sejati) di 1Malaysia ini, tetapi diakhir-akhir ini, isu Melayu dan Islam nampaknya amat penting untuk mendapat undi Melayu.

Walaupun sebahagian pengundi adalah Melayu (bukan Muslim sejati), tetapi apabila sensitiviti agama dimainkan, ianya memberi kesan yang amat kepada 'rating' beliau. Kerana bagi Melayu kebanyakkan, Islam dan Melayu itu 'peha kiri dan peha kanan'. Kalau mana-mana satu dicubit, pasti terasa sakitnya.

Diakhir-akhir ini, UMNO dan BN suka mainkan isu agama islma dan melayu untuk meraih simpati. Dengan kaum Cina beliau kempen 'anti hudu PAS', dengan kaum Melayu beliau ketengahkan betapa pentingnya UMNO untuk Islam.

Kita lihat DS Najib mulai menjadi 'alim'. Mulai ke masjid-masjid atau ke surau-surau untuk bersama mengerjakan sholat jemaah (walaupun secara publisiti), mula mempertahankan kepentingan 'akidah Islam'. Mula mempertahankan kepentingan sekolah-sekolah pondok'.

Dan jangan terkejut, sekiranya beliau terpaksa menggunakan talian hayat terakhir beliau melalui anak dan isteri beliau. Beliau tahu, ramai dalam UMNO sukakan beliau, cuma mereka tak sukakan Rosmah. Maka talian hayat terakhir beliau mungkin Rosmah akan mula memakai HIJAB dan beliau mengumumkan untuk menghantar anak lelaki kesayangan beliau yang begitu popular itu ke sekolah Pondok (yang beliau akan bina dan rasmikan) bagi mempelajari Islam.

Saya yakin, sekiranya beliau lakukan tersebut. "Rating" beliau akan meningkat mencanak-canak dan akan merungsingkan TPM kita pula.

Kita tunggu dan lihat. Wallah hualam.

"Berikanlah hidayah Mu ke atas pemimpin-pemimpin kami, dan kami".


TRANUNGKITE



3 ulasan:

  1. DS NAJIB TAK PERLU TALIAN HAYAT. NIK AZIZ DAH HABIS TEMPUH. ANWAR IBRAHIM TUNGGU SUNGAI BULUH.

    BalasPadam
  2. Kalau nak jd alim semata2 nak kekal kuasa, tak pyhlah. Nanti buat balik perangai lama. Masalah negara pun tak terselesai & tak terurus mcmana org nak percaya?

    BalasPadam
  3. haha. penentangan terhadap umno bn bukan berpaksikan nik aziz dan anwar. umno adalah punca utama. selagi namanya umno dan pemimpin yang sama selagi itulah terbuku tekad rakyat untuk mengubah kerajaan. Biar nik aziz dan anwar mati dibom dgn c4 sekali pun umno bn tetap musuh utama.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive