Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 26, 2012

Peserta Himpunan Hijau bermalam di Dataran


Sebahagian daripada 20,000 orang peserta Himpunan Hijau bermalam di atas jalan berhampiran Dataran Merdeka pada malam tadi selepas menamatkan perarakan aman sejauh 300km dari Kuantan bagi membantah operasi loji Lynas.

Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan menunjukkan seramai 200 orang para peserta berkenaan bermalam di situ dan jumlah itu semakin bertambah pagi ini.

Walau keletihan namun mereka tetap ceria dan bersemangat, kata ketua publisiti Himpunan Hijau Lee Chean Chung yang menambah, ada di kalangan mereka mengalami sakit otot selepas perarakan tersebut.

"Kami, ada persembahan musik, main gitar malam tadi sampai pukul 2 pagi. Kami dalam mood gembira dan merayakan (kejayaan himpunan hijau)," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Lee juga berkata mereka akan mengadakan "persidangan rakyat" dengan mengemukakan beberapa resolusi antaranya menghentikan operasi Lynas di negara ini.

Katanya, penjelasan itu akan disampaikan oleh peserta yang telah menyertai acara jalan kaki Himpunan Hijau selama 14 hari bermula dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Kita juga berharap ada ahli parlimen dapat hadir memberi sokongan," katanya.

Persidangan dan proses memberi penjelasan berhubung resolusi itu akan bermula pada jam 9 pagi.

Kumpulan berkenaan turut menerima kunjungan barisan pemimpin DAP – antaranya Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Tak Kok Wai, Fong Poh Kuan dan Chong Eng yang hadir untuk menyertai mesyuarat rakyat bersama aktivis berkenaan pagi ini.

Peserta berkenaan turut melaungkan slogan "Stop Lynas, Save Malaysia", Henti Lynas, Tak mahu Lynas", "Malaysia bukan tikus makmal, bukan tong sampah" beberapa kali.

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive