Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 19, 2013

BEKAS PESURUHJAYA SPRM MOHON MAAF ATAS FITNAH TERHADAP MB SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR18 MAC 2013
DAKWAAN SALAH GUNA KUASA:  BEKAS PESURUHJAYA SPRM SETUJU MOHON  MAAF
Saya bersyukur bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Dato' Seri  Ahmad  Said Hamdan bersetuju untuk  memohon maaf kerana  mengeluarkan kata-kata  berunsur fitnah berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pembelian 46 ekor lembu bagi majlis korban di Bandar Tun  Razak  pada 2009.
Ahmad Said  dijangka  membuat permohonan maaf secara  terbuka di  mahkamah esok manakala permohonan maaf di media massa akan ditetapkan kelak.
Persetujuan ini dibuat dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan tengahari tadi sekaligus menamatkan kes saman malu yang saya failkan terhadap Dato' Seri Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Perkembangan  ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.
Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi  kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban.
Saya percaya pegawai kerajaan terutama pihak penguatkuasaan, SPRM dan  polis hendaklah melaksanakan tugas secara professional dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan  atau  individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.
Sebagai Menteri Besar kepada  rakyat selangor, saya  amat menitikberatkan  integriti, ketelusan dan amanah. Saya amat  bersyukur dalam tempoh lima tahun ini tiada seorang pun  pegawai kanan kerajaan dan  exco negeri dilibatkan dengan kes salah laku dan rasuah.
Saya percaya rekod cemerlang ini akan  menjadi elemen utama kepada  rakyat  untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum tidak lama  lagi.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
-mobile post

5 ulasan:

  1. gadis seksi kena rogol insaflah?? Lihat lihat

    BalasPadam
  2. ikhas atau tidak biar Allah menentukannya

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19/3/13 8:17 PG

    Huh! masa dlm perkhidmatan bukan main lagi tapi bila dah bersara kecut perut......

    BalasPadam
  4. takut matu tu.... kena tanya kat sok lagi payah
    baik settle masa idup ni.. ye tak???
    len kali kot nak tuduh biat yg betul cam kes Ketua Wanita Lembu tuuu..
    kat dlm mahkamah pun masih nak swing citer

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive