Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 13, 2013

'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'

Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku.

"Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi.

Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.

Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu.

"Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya.

Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh.

"Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut.

"Media umumnya termasuk Malaysiakinisedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.

"Sebagai media yang bertanggungjawab, kita terus menerus memberi pandangan-pandangan yang berbeza termasuklah daripada media Filipina," katanya.

Beliau menyeru media Malaysia supaya terus bersikap kritikal agar tidak berhadapan dengan nasib seperti media Amerika selepas perang Iraq dan Afghanistan.

Menurutnya, media Amerika kini berusaha keras memulihkan imej mereka kerana memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan sebagai fakta dalam liputan mereka terhadap kempen ketenteraan Amerika yang kini terbukti tidak berasas.

Seorang lagi ahli panel, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mempersoalkan tindakan kerajaan berunding dengan penceroboh.

Menurutnya, Sabah pernah berhadapan dengan pencerobohan dari Indonesia pada tahun 1962.

Namun katanya, kerajaan pada masa itu tidak berunding sebaliknya bertindak tegas menyekat tentera negara jiran daripada mencabar kedaulatan Malaysia.

"Tetapi di Lahad Datu kita boleh berunding dengan penyerang-penyerang ini," katanya.

Forum yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu dimudahcara exco Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan dianjurkan Akademi Pak Sako.

Malaysiakini

8 ulasan:

  1. Jom penulis. Amik night vision goggle hang. Kita pi tactical recon. Kita kan lebih pandai dari pasukan keselamatan.

    BalasPadam
  2. ada ke perang sehari je boleh abis, ambik balik dia kerja, tgk macammana,

    BalasPadam
  3. Huhu...xtau nk ckap..orang luar biasa jer leh tamatkn dgn senang CAKAP..:)

    BalasPadam
  4. Jeneral pencen pergi dah!!!!!!!!!
    Go to hell.

    BalasPadam
  5. betul la dia cakap, 200 org datang naik bot, pesal xde yg pintas atau dapat info atau ronda berkala? Tu la taktikal yg dia bagitau. Kalau ada taktikal, kontrol perairan bukan macam najib, sampan pon takleh masuk da karam kena c4... Itu guna c4 najib altantoya... Bodo!

    BalasPadam
  6. Pencacai2 ameno ni ingat org lain pun bodoh & baghal mcm dieorg kut.. Rifel pun xprnh pegang, ada hati nk memperlekehkn org...kesian mak korg lahirkn anak2 lembu mcm korg ni.. Kahkahkahhhkahhhhh...

    BalasPadam
  7. tokoh yang sebabkan serangan lahad datu?.Lihat lihat

    BalasPadam
  8. Tuan General, boleh tak Tuan pergi ke Lahad Datu dan tolong pasukan keselamatan kita disana. Tuan banyak pengalaman. Kami pun harap Tuan General bantu tanah air kita menghadapi ancaman dari pengganas ni. Boleh tak esok Tuan General kesana? Tuan sayang kan negara kita tak ? Watikah Tuan kan dari DYMM YDA. Tuan General tolonglah kami rakyat Malaysia. Kami sayangkan tanah air kami. Boleh tak Tuan? Benar2 berjuang untuk tanah air tercinta............

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive