Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 08, 2013

PANAS!!! Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan (gambar).
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
Themalaysianinsider

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/3/13 3:20 PTG

    Sumpah lakhnat bakal makan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8/3/13 7:50 PTG

      Bapak dia cakap ada konspirasi utk jatuhkan DSI. Itu logik lah sbb musoh kan nak bela DSI lak..!!! Liwat tetap liwat juga sbb Saifol x nafi pun dia diliwat oleh bro DSI....huhuhu

      Padam
  2. Tanpa Nama8/3/13 7:46 PTG

    Berapa juta lak dia dapat nie..tetiba saja U Turn...ahahaha

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/3/13 8:00 PTG

    Mana lebih penting...Isu pungkok Saifol or isu pengganas di Lahat Datu...????

    BalasPadam
  4. Satu persatu mula terbongkar tapi mata hati pencacai terus buta dulu kini dan moga tak terus buta mata hati buat selamanya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive