Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 15, 2013

PI Bala meninggal dunia

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

NONEBeliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. 

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

Malaysiakini

3 ulasan:

  1. banyak sangat dosa dia ni

    BalasPadam
  2. dulu bersumpah sekarang sumpah makan tuan

    BalasPadam
  3. special info Dolabuy Hermes these details YSL Dolabuy a fantastic read YSL Dolabuy

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive