Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 03, 2009

70 peratus pengundi pos pesara tentera | Nizar News



KUALA LUMPUR - Pas mendakwa 70 peratus daripada 4,604 pengundi pos yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, adalah anggota tentera yang telah bersara dan tidak lagi tinggal di kawasan itu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali

Berikutan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula mekanisme yang boleh diambil dalam menangani isu tersebut bagi mengelakkan timbulnya persoalan sama ada daftar pemilih itu benar-benar bersih atau sebaliknya.

“Melalui semakan yang dibuat, :kita dapati mereka (pengundi pos) yang benar-benar tinggal di Kem Sirusa (di kawasan Bagan Pinang) ialah sekitar 1,200 orang sahaja.

:“Daripada senarai yang dikeluarkan (SPR), memang 4,604 orang tetapi hasil semakan mendapati hanya 1,200 orang yang masih tinggal (di kem itu) dan kita akui 1,200 ini memang berhak mengundi. Tetapi persoalannya, mengapa senarai itu boleh menjadi 4,604 orang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Pas Pusat di sini, semalam.

:Semalam, Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik dilaporkan berkata, pilihan raya kecil itu mencatatkan jumlah undi pos paling ramai setakat ini.

:Mustafa berkata, dalam kaedah pilihan raya, mereka yang telah bersara bermaksud mereka tidak lagi tinggal di kem tersebut dan dengan itu mereka seharusnya mengundi sebagai pengundi biasa.

Menurutnya, bagi angkatan tentera, mereka yang telah bersara sememangnya tidak lagi tinggal di kem kecuali mereka yang masih dalam perkhidmatan.

“Pas bimbang mereka yang tidak tinggal di kem dibenarkan mengundi. SPR tidak perlu kekalkan nama mereka di mana mereka tidak lagi tinggal di situ,” katanya.

Mustafa, bagaimanapun mengakui SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan nama dan alamat pengundi selagi mereka sendiri (anggota tentera terbabit) tidak mengubahnya sendiri.

“Walaupun saya boleh jangka yang SPR akan memberi alasan siapa yang ada dalam senarai memang layak mengundi dan mereka tiada kuasa untuk mengubah dan memindahkan daftar pengundi.

"Kami tetap meminta SPR supaya dapat memikirkan satu kaedah di mana hanya mereka (pengundi pos) yang benar-benar tinggal di situ dibenarkan mengundi,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive