Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 30, 2009

Badrul Tidak Layak Wakili PKR | Nizar News



Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ADUN Pelabuhan Klang Badrol Hisham Abdullah tidak lagi layak mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.

Tan Sri Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi ADUN bebas dan menyokong Barisan Nasional.

"Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.

"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.

Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.

"kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid.

"Mungkin cara yang dia lakukan ini adalah apa yang beliau fikirkan terbaik untuk dirinya. Tetapi ada yang lebih baik iaitu meletak jawatan dan membuka ruang kepada orang yang boleh bekerja, kerana beliau berkhidmat untuk semua rakyat," tegas beliau.

Khalid berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Hotel Blue Wave, Selangor. Beliau berada di situ menemui delegasi usahawan dan perniagaan terkemuka negara dan antarabangsa.

Badrul bertindak mengumumkan keputusan keluar dari Keadilan dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasional setelah Tan Sri Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan Keadilan supaya Adun itu meletak jawatan.

Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya.

Keadaan itu memaksa Setiausaha Politik menteri Besar Nik Nadzmi untuk memikul tanggungjawab memberi khidmat kepada penduduk di situ.

Meskipun Badrul diberi surat tunjuk pada 20 Ogos 2008, beliau tidak menunjukkan komitmen untuk memperbaiki diri.

Khalid dan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tidak mahu bertolak-ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab seperti Badrul.

Mengenai laporan memetik Ketua Pembangkang Khir Toyo sebagai mengalu-alukan sokongan Badrul kepada Umno-BN, Khalid berkata kenyataan Khir toyo itu hanya menyerlahkan budaya dalam Umno.

"Tidak jadi masalah bagi saya kerana jumlah Pakatan Rakyat lebih ramai dari wakil rakyat BN," katanya.

"Dan jika benar dia bersekongkol dengan Umno-BN, dengan sikapnya yang sebegitu, maka tidak menjadi masalah kepada kita kerana kita hanya pilih mereka yang boleh bekerja," tambah Khalid.


tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Bismilah hir raham nir rahim
    Pemintaan atau kenyataan Tan Sri Khalid memohon agar YB Bahdrul letak jawatan kerana sudah menjadi ADUN Bebas adalah perbuatan yang paling bodoh sekali. Saya bagi contoh seperti dibawah ini .
    Sebelum kawin si suami ( katakan Badrul ) kata kepada isteri ( katakan Khalid ) sanggup berkorban apa saja demi menjaga isteri dengan sempurna . Tapi bila dah kawin si isteri baru tahu yang si suami peel macam sial . Tidak bertanggong jawab tidak memberi nafkah dzahir sehingga sepuluh bulan dan sewa rumah pun tak di jelaskan , malah api (letrik) dan air dah sepuluh bulan baru TNB dan Syabas datang potong . Di pendekkan cerita si isteri ( katakan Khalid )mohon fasak dengan si suami ( katakan Badrul )di Makamah Syariah . Naik Turun berkali kali lah atau berpuluh puluh kali naik tangga Makamah Syariah belum pasti si suami nak lepaskan atau menceraikan si isteri . Samalah Si Badrul ( katakan suami ) nak letak jawatan dengan mudah . Makamah mana pun tak akan paksa si Badrul untuk letak jawatan . So Khalid ( katakan isteri ) jangan buang masa atau jangan jadi bodoh untuk menunggu si Badrul untuk letak jawatan . Buang masa , so buat kerja lain lagi berfeadah. hj jamaludin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive