Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 02, 2009

BILA MALAYSIA BOLEH, LEMBU LAGI BOLEH | Nizar News



Kebanyakan muka hadapan Akhbar-Akhbar Harian pada 29 September 2009 melaporkan Sekumpulan ternakan melakukan “Lawatan Muhibbah” keBangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri diShah Alam. Lawatan tersebut dilihat begitu terancang. Sejumlah 40 ternakan yang terdiri daripada Lembu, Susu Lembu, Kerbau dan Kambing berarak sopan dan dilihat menunggu penuh sabar dihalaman. Dilihat pada keadaan kelamkabut tersebut besar kemungkinan Rombongan ini tidak membuat Temujanji (Appointment) terlebih dahulu. Tetapi bila difikirkan balik bukankah setiap Pejabat Kerajaan itu terbuka kepada semua pada hari dan waktu bekerja.

Persoalan yang timbul dibenak saya bagaimana Lembu-Kerbau-Kambing tersebut mendapat ilham yang begitu “genius” ini. Yang dapat saya fikirkan mungkinlah kerana mereka kerap sangat menonton “Iklan Hariraya” oleh Petronas yang ditayangkan diTV.

Dalam hal ini saya hanya mahu memikirkan yang positif sahaja. Terdapat dua perkara penting yang hendak dicapai oleh Lembu-Kerbau-Kambing tersebut. Yang pertama, mereka sendiri mahu menyelesaikan semua masaalah yang sedang mereka hadapi. Mereka sudah cukup kecewa berurusan dengan orang-orang tengah. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas orang-orang yang mereka harapkan selalunya tersasar. Mereka yang diharapkan memohon “Padang Ragut” bagipihak ternakan sebaliknya mengemukakan permohonan “Compartment Balak”. Haiwan ternakan dibiar menghitung hari.

Seterusnya makhluk haiwan tadi mahu menatap wajah-wajah pemimpin Pakatan yang bertugas diPejabat Besar itu. Selama ini suara-suara pemimpin tersebut hanya dapat mereka dengar dicelah-celah ribuan hadirin yang mendengar ceramah dikawasan-kawasan lapang sahaja. Mereka sangat faham yang pemimpin-pemimpin tersebut masih baru dengan mandat yang diberikan. Jadi apalah salahnya kita (masyarakat haiwan) pergi melakukan “lawatan hurmat” dulu. Lagipun mereka (lembu-kerbau-kambing) nak malu apa? bukannya mereka ta` ada kepala. Besok-besok apabila keadaan telah betul-betul stabil sudah tentulah pemimpin-pemimpin tersebut akan turun padang juga untuk menyelesaikan sebarang masaalah yang timbul.

Slogan “Malaysia Boleh” sepatutnya menjadi cabaran supaya kita menjejaki pencipta-pencipta terkemuka didunia dalam aspek sains dan teknologi. Melakukan “turn over” atau merakyatkan lembu-kerbau-kambing adalah satu pekerjaan yang sia-sia.

ahmadzawawi


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. sebodoh-bodoh lembu ada valeu tambahan raya korban bakal menjelang tiba tak lama lagi tapi manusia cerdik pandai yang menguruskan agenda lembu tu satu indonesia rupiah pun takada nilai.....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive