Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 07, 2009

Ibu dakwa anak cedera teruk dibelasah polis | Nizar News


KUALA LUMPUR – Seorang ibu mendakwa anaknya yang ditahan dalam lokap di Balai Polis Seri Kembangan bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan curi motosikal cedera teruk dibelasah oleh anggota polis.

Suga Devi Veeriyah, 40, berkata, pada pagi 20 Ogos lalu, seramai lapan anggota polis datang ke rumahnya di Pangsapuri Palma Jalan Desa Ria Bandar Country Homes, Rawang dan menahan anak lelakinya, Vijendran Paramasivam, 17.

Menurutnya, tanpa menunjukkan sebarang waran tangkap dan memaklumkan mengenai kesalahan Vijendran kepadanya, anak lelakinya itu terus dibawa menaiki van polis.

“Saya tanya salah seorang anggota polis itu, ke balai polis mana mereka nak bawa anak saya, dia kata ke Balai Polis Petaling Jaya tapi bila saya tanya kes apa dia tak jawab.

“Dua hari selepas itu saya pergi ke Balai Polis Petaling Jaya tapi pegawai polis kata saya tak boleh jumpa sebab mereka dah hantar anak saya ke Balai Polis Bukit Jalil. Pegawai polis itu kata kalau ada apa-apa maklumat mengenai anak saya dia akan telefon saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini bersama Presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat India Malaysia (PKMIM), K S Baskaran.

Suga Devi berkata, bagaimanapun setelah menunggu selama lebih 46 hari, tiada seorang pun pegawai polis yang menelefonnya memberitahu mengenai perkembangan anak lelakinya itu.

Katanya, akhirnya dia mengetahui bahawa anaknya berada di Balai Polis Seri Kembangan dan Ahad lalu dia bergegas ke sana serta dapat berjumpa dengan Vijendran selama 10 minit.

“Bila saya lihat Vijendran, saya macam tak percaya itu anak saya sebab muka dia bengkak dan lebam serta hidung dia berdarah.

“Dia mengadu dengan saya dia kena pukul dengan wayar kabel dan polis juga gantung dia guna tali dengan kaki ke atas serta kepala ke bawah.

“Dia juga kata kena tumbuk dekat muka dan dia sekarang sukar untuk duduk serta kencing serta merayu saya tolong keluarkan dia dari lokap kerana sudah tidak tahan lagi,” katanya.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. nape lah zalim sangat polis tu ,x takut ke dengan hukuman Tuhan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive