Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 04, 2009

Meroboh kubu BN di Bagan Pinang | Nizar News



Oleh JINBUKITRIDAN

Seorang sahabat bertanya kepada saya mampukah PAS dan PR mengucar-kacirkan tembok kubu BN di Bagan Pinang? Beliau mengambil-kira undi pos itu kubu yang teguh yang boleh menjadi jerangkap samar sekaligus memerangkap PAS andai tidak bersedia. Saya katakan padanya undi pos kurang 5000 sedangkan pengundi awam berkekuatan lebih 9000 orang. Jika Pas berjaya berjaya mengekalkan jumlah undi pos yang didapati dalam PRU yang lalu ditambah pula dengan sedikit lonjakan daripada kaum Melayu, Cina dan India tidak mustahil PR akan menang! Di atas kertas PAS lebih selesa berbanding umno walaupun ada yang menjangkakan peluang Pas hanya 30%. Bertandang ke kubu lawan hanya strategi yang bijak jadi penentu.

BN mungkin boleh mendabik dada mengatakan Bagan Pinang kubu kuat mereka tapi mereka perlu sedar momentum ‘kesedaran rakyat berpolitik’ makin meningkat dari sehari ke sehari. Dengan masalah dalaman kebanyakan parti komponen BN serta kepimpinan Najib yang hambar dan tidak popular membuka ruang kepada gabungan PR untuk menguasai gelanggang. Isu PKFZ sahaja contohnya sudah memadai bagi pengundi menilai siapakah yang lebih dipercayai untuk memegang amanah. Golongan manakah yang jika berkuasa akan menggondol kemewahan peribadi semata-mata hingga mengenepikan harapan rakyat di bawah? Siapakah yang mendendangkan retorik membasmi rasuah namun negara dilabelkan dengan rasuah yang makin melampau? Memalukan dan satu kegagalan! Atas sebab itulah rakyat yang berfikiran jauh akan membuat keputusan yang bijak tanggal 11 oktober nanti.

Secara mendadak kesedaran politik di negeri adat Perpatih ini berubah di luar jangkaan. Rakyatnya tegar membuat perubahan apabila melihat BN sudah tidak mampu untuk memerintah negeri dengan baik. Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, BN 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi. Jika Pilihanraya kali ini berpihak kepada PR maka cita-cita suci rakyat di Negeri Sembilan semakin menjadi kenyataan.

Apa yang perlunya Pakatan Rakyat kali ini perlu bekerja lebih kuat daripada beberapa siri pilihanraya Kecil yang lalu. Kubu BN di sana tidaklah sekukuh mana. Jika ada lompang dan kecelaruan dalam jentera mestilah diperbaiki segera. Rakyat yang sememangnya ingin memiliki kepimpinan yang amanah dan adil perlu ditunjukkan jalan. Mereka mesti diyakini perubahan yang bakal dilakukan adalah sesuatu yang positif bukan sahaja kepada mereka di Negeri Sembilan khususnya tapi di Malaysia amnya.

sidangonline


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive