Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 06, 2009

Oi oi ayam Den lapeh di Bagan Pinang | Nizar News



Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SETELAH tewas tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak sejak pilihan raya umum ke-12, nampaknya Umno-BN menghadapi satu lagi bentuk dilema baru sebagai tambahan kepada segala masalah sedia ada. Menerusi tujuh kekalahan lalu, BN terutamanya Umno semakin mendapati bahawa terlalu sukar mencari calon pilihan raya kecil bagi menentang calon Pakatan Rakyat.

Eksperimen demi eksperimen dalam pemilihan calon dilakukan tetapi semuanya mencatatkan kekalahan demi kekalahan.

Pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Umno meletakkan seorang anggota Kabinet yang dianggap 'cream of the cream' dalam senarai keanggotaan pemimpin Umno negeri namun kecundang walaupun untuk mempertahankan kerusi mereka sendiri.

Pada satu lagi ekstrim, Umno memperjudikan sendiri nasibnya dengan meletakkan 'the worst of the lot' dalam bentuk seorang calon yang amat kurang berwibawa di Dun Permatang Pasir.


Sebagaimana yang diyakini rakyat dan pemerhati (kecuali mereka yang meletakkan calon berkenaan dan juga beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin), Umno terus gagal mencatatkan kemenangan sulung dalam pertarungan pilihan raya kecil di Semenanjung.

Nampaknya setelah menggunakan pelbagai strategi, 'trick-in-the-book’ yang ditimba daripada pengalaman masa lalu, bagi Umno-BN pilihan raya kecil yang biasanya disertai dengan ‘good feeling’, dengan penuh keyakinan dan ibarat makan kacang putih telah berubah menjadi debaran menghadapi prospek paling getir dan cukup mengaibkan.

Barangkali dalam sejarah negara, penggal selepas pilihan raya umum ke-12 inilah yang menyaksikan paling kerap pilihan raya kecil diadakan. Malangnya ia berlaku tatkala Umno-BN dirundung pelbagai masalah dan dilema pemilihan calon.

Adalah sukar untuk melindungi hakikat betapa Umno-BN tidak lagi menikmati keutuhan seperti dahulu ketika perkara semudah seperti pilihan raya kecil, malah hatta pilihan raya umum sekalipun adalah sesuatu yang dapat dilakukan dengan penuh keyakinan.

Di peringkat parti yang menganggotai BN, tiga tonggak utamanya terjebak dalam sengketa dan masalah dalaman. Dan amat menyerlah betapa hubungan antara-parti ketiga-tiga parti komponen ini begitu 'superficial' atau hanya wujud di permukaan sahaja.

Di kemucak kemelut inilah Umno-BN kini terpaksa menghadapi satu lagi cabaran hidup atau mati dan terus aib atau setidak-tidaknya dapat menebus maruah.

Namun belum pun pengundian dilakukan, Umno-BN sudah tewas apabila seperti orang yang memaksa diri menjilat air ludah sendiri, meletakkan Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar dan bekas Naib Presiden Umno sebagai calon bagi memikul misi getir ini.

Bagi pemerhati bebas politik soalan pertama yang tercetus di minda ialah: Apakah Isa merupakan 'cream of the cream' Umno Negeri Sembilan atau 'the worst of the lot'.

Isa pernah menjadi tokoh terpenting dalam Umno negeri tersebut. Kata-kata Isa adalah ibarat undang-undang negeri yang tidak digubal.

Pernah suatu ketika seorang pemimpin tertinggi Umno dikatakan terjebak dalam skandal dengan seorang artis sehingga tertangkap basah di Port Dickson tetapi mujur Isa yang ketika itu adalah Menteri Besar menyelamatkan keadaan. Sama ada cerita ini benar atau tidak bukanlah penting. Yang penting adalah kedudukan Isa ketika itu yang amat berkuasa dan kebal serta menikmati sokongan padu dari ahli-ahli Umno Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Isa juga diperlakukan pemimpin Umno sendiri sebagai 'the worst of the lot' apabila dikenakan tindakan disiplin yang menyaksikan beliau kehilangan kedudukannya selaku Naib Presiden Umno dan juga jawatannya selaku Menteri Besar.

Kewibawaan selaku pemimpin Umno dipadamkan orang Umno sendiri seolah-olah Isa sahajalah satu-satunya pemimpin tinggi parti tersebut yang melakukan dosa politik wang sedangkan setiap satu daripada yang lainnya adalah suci sesuci-sucinya daripada dosa ini.

Tentu sekali ramai yang menganggap perbuatan pemimpin Umno tertentu menyembelih kerjaya politik Isa sebagai menjadikan beliau kambing hitam atau 'scapegoat' bagi memastikan orang tertentu lain terselamat dari kemaraan Isa dalam hiraki parti.

Tapi kini, akibat dilema yang melanda Umno dalam urusan memilih calon serta situasi telur di hujung tanduk, maka Umno terpaksa menjilat kembali ludahnya dan yang memaksa mereka menjahit semula kambing yang telah disembelih.

Tanpa mengambil kira soal moral dan prinsip, umum melihat sama ada Isa menang atau tidak dalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang kelak (dari segi kiraan undi), Umno sudah pun tewas segala-galanya.

Awal-awal lagi pemilihan calon dibumbui situasi telan mati emak dan luah mati bapa buat Umno. Barangkali Muhyiddin dan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil begitu ghairah mahu meletakkan calon pilihan mereka bagi mewujudkan satu lagi 'job for the boys (or girls)', tetapi nampaknya ada lagi kuasa lebih besar dalam Umno yang menghendaki sebaliknya.

Sedia menanti ialah calon Pakatan. Andai kata beliau mengulangi kejayaan rakan-rakannya yang lain dalam tujuh pilihan raya kecil terdahulu, maka kekalahan Umno cukup berganda.

Seseorang mungkin melihat ini sebagai strategi orang tertentu mahu mengkebumikan terus kerjaya Isa sekiranya beliau tewas. Namun tidak mustahil hal itu sudah tentu akan dilihat sebagai satu justifikasi yang dicipta pencacai tertentu dalam Umno.

Apapun, Bagan Pinang akan menjadi klasik dalam sejarah pilihan raya kecil di negara ini. Sama ada Umno-BN memang atau kalah, rakyat tetap boleh menujukan sebuah lagu permintaan ramai untuk parti tersebut: "Oi oi ayam den lapeh!"

detikdaily

Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive