Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 12, 2009

PAS terima kekalahan tapi salahkan undi pos | Nizar News



PORT DICKSON: PAS menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang hari ini, namun menyatakan undi pos sebagai antara faktor parti itu gagal merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa kekalahan parti itu juga disebabkan rasa takut terhadap 'gangsterisme' yang menyukarkan PAS mendekati 13,664 pengundi di kawasan itu.

"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan pilihan raya kecil itu diumum yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad (BN) menewaskan Zulkefly Mohamad Omar (PAs) dengan majoriti 5,435 undi.

Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan mendapat 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad, yang juga Pensuruhjaya PAS negeri, mendapat 2,578 undi.

Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis. BERNAMA


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. ramai sgt org luar yang ter over aksi,pengundi tempatan jadi takut tu yang sokongan isa berganda.ni pandangan aku mungkin satu sebab je...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive