Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 14, 2009

Pencuri kabel 'Syam Labi' tumpas | Nizar news




KUALA PERLIS - Polis melumpuhkan kegiatan Geng Syam Labi yang aktif mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di Utara dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk ketua kumpulan itu baru-baru ini.

Suspek, yang dipercayai ketua kumpulan itu berusia 24 tahun dan bekerja sebagai kelindan lori ditahan pada 3 Oktober di Sungai Seluang, Lunas, Kulim, Kedah selepas seorang anak buah kumpulan itu yang berusia 19 tahun ditahan sehari sebelum itu.

Ketua Polis Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, kes terbaru membabitkan kumpulan pencuri muda yang dipercayai dianggotai enam ahli itu adalah mencuri kabel bawah tanah bernilai RM20,000 di Jalan Raja Muda, Kangar pada 2 Oktober lalu.

"Ketika kejadian, pekerja TM sempat mencatat nombor kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek sebelum pekerja itu mengekori kenderaan tersebut.

"Seorang ahli geng itu kemudian ditahan di Kulim sebelum suspek itu membawa kepada penahanan ketua kumpulan tersebut," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, polis kemudian menahan suspek ketiga yang bekerja sebagai pembeli barangan lusuh di Sungai Petani pada hari sama dalang kepada kumpulan itu ditahan.

kosmo


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive