Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 14, 2009

Kadar Jenayah Di Kedah Turun 2.59 Peratus


Gambar hiasan

ALOR SETAR, 14 Dis (Bernama) -- Indeks kadar jenayah Kedah menurun sebanyak 2.59 peratus bagi tempoh kajian Januari hingga November 2009 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata bagi tempoh Januari hingga November 2009, indeks kadar jenayah negeri itu mencatat 12,435 kes berbanding 12,765 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu menurun sebanyak 330 kes.

"Jenayah harta benda mencatatkan penurunan sebanyak 417 kes iaitu 10,099 kes bagi tempoh Januari hingga November 2009 berbanding dengan 10,516 pada tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata kadar jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes atau 3.87 peratus.

"Dalam tempoh itu tahun lepas, sebanyak 2,249 kes jenayah kekerasan dilapor tetapi tahun ini ia meningkat kepada 2,336 kes," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Balai Polis Cemerlang Peringkat Negeri Kedah di sini Isnin.

Beliau berkata berdasarkan trend jenayah semasa, polis Kontijen Kedah akan menumpukan perhatian pencegahan jenayah di lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Baling.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive