Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 14, 2009

Malaysia Kalahkan Laos Untuk Ke Akhir


Baddrol Bakhtiar (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan (dari kiri) Mohd. Sabre Mat Abu, Safiq Rahim dan K. Gurusamy Govanda ketika menentang Laos dalam perlawanan separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos dekat Vientiane, semalam. – AP

Vientiane 14 Disember 2009:Malaysia mengalahkan Laos 3 - 1 dalam perlawanan suku akhir Bolasepak Sukan Sea yang berakhir sebentar tadi.Malaysia mendahului dengan jaringan gunting Baddrol Bakhtiar pada minit ke 14 perlawanan. Gol awal tersebut menyuntik semangat buat pemain Malaysia untuk terus menguasai permainan sehingga tamat separuh masa.

Sebaik bermula babak kedua Laos lebih banyak mengatur serangan membuatkan pertahanan Malaysia sedikit tertekan.Serangan bertali-arus Loas akhirnya berjaya menghasilkan gol pada minit ke 74, jaringan di luar kotak penalti yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Malaysia.Permainan kembali terbuka selepas gol penyamaan itu dan Malaysia kembali menggunakan rentak menyerang.

Baddrol Bakhtiar sekali lagi menghadiahkan sentuhan kecundang buat Laos pada minit ke 78 untuk gol ke 2 Malaysia.Laos yang ghairah menyerang terpaku dengan gol yang melemahkan semangat mereka itu dan terpaksa kembali bertahan dengan asakan berterusan Malaysia.

Malam derita buat tuan rumah Laos dilengkapkan lagi oleh Safiq Rahim yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke 84 dan kemenangan malam ini membawa Malaysia ke perlawanan akhir bertemu Vietnam.Vietnam mengalahkan Singapura 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu.

Sekali lagi Malaysia akan bertemu Vietnam setelah kecundang 1-3 di kaki Vietnam pada perlawanan peringkat separuh akhir Kumpulan A sebelum ini. Mampukah Malaysia melakukan satu lagi kejutan buat 27 juta rakyat Malaysia? Sama-sama kita nantikannya pada 17 Disember ini.biaqpila.blogspot.com


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive