Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 14, 2009

PAS Bukan Hanya Parti Politik



MARANG – PAS bukan hanya menumpukan soal-soal politik kepartian, malah bertanggungjawab terhadap kehidupan sosial masyarakat menepati seruan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Alor Limbat, Ustaz Ahmad Maarof Ismail berkata, program-program kebajikan dilaksanakan dalam DUN merupakan antara tanggungjawab sosial yang dilaksanakan pihaknya untuk membantu masyarakat.


”Antaranya yang kita laksanakan hari ini, majlis berkhatan, sebagaimana biasa sempena cuti persekolahan akhir tahun,

”MTD Alor Limbat mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai, ia adalah termasuk dalam kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial yang mesti dilaksnakan,”katanya ketika berucap dalam Majlis Khatan beramai-ramai yang diadakan di Pusat Khidmat DUN berkenaan di Kampung Pengadang Baru, semalam (Sabtu).

Menurutnya, ia termasuk dalam perkara pokok yang menjadi seruan agama iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mengingatkan ibu bapa supaya menunaikan tanggungjawab agama kepada anak-anak.

Justeru, katanya, atas sebab itulah, PAS berbeza dengan parti Umno kerana PAS bukan hanya sebuah parti politik semata-mata, bahkan ia juga adalah sebuah gerakan Islam.

Seramai 98 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun menyertai program kali kedua pada tahun ini yang dikendalikan oleh lima doktor beserta pembantu mereka.

MTD Alor Limbat juga turut bekerjasama mengadakan program yang sama di Masjid Pengadang Baru pada 20 Disember lalu yang melibatkan 60 peserta.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga kanak-kanak pada program yang bermula jam 9.00 pagi itu memeriahkan suasana walaupun sebahagian peserta menampakkan wajah yang agak cemas.

buletinonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive