Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 03, 2009

Menara Pemancar Celcom tidak patuhi syarat, arah dirobohkan

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Parlimen hari ini diberitahu bahawa sebuah menara telekomunikasi milik Celcom di Seksyen 32, Shah Alam tidak mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Kong Cho Ha (BN-Lumut) dalam jawapan lisannya kepada soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja)

Dr Mariah meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan Kementerian seterusnya kepada pihak CELCOM (M) Sdn. Bhd. yang sehingga hari ini gagal mematuhi arahan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk merobohkan menara telekomunikasi yang terletak di Lot 2778, Taman Jati Indah, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.

Kong dalam pada itu memberitahu bahawa Kementeriannya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Celcom yang sehingga kini gagal mematuhi arahan.

Beliau berkata pihak MBSA telahpun mengeluarkan notis menurut seksyen 70 (1) sehingga 72 (6) Akta 133 Akta Parit, Jalan dan Bagunan 1972 yang bertarikh 20 Februari tahun ini untuk MBSA mengambil tindakan merobohkan struktur telekomunikasi Celcom itu.

Sungguhpun begitu, pihak Celcom telah mengemukakan rayuan untuk menangguhkan perobohan itu bagi membolehkan pihak mereka mencari tapak untuk membina menara baru, katanya.

Pihak Celcom katanya bersedia untuk merobohkan pada bila-bila masa namun dikhuatiri akan wujud gangguan liputan perkhidmatan di kawasan tersebut sehingga menara itu beroperasi sepenuhnya.

"Inilah dilema yang berlaku ke atas penguatkuasaan.Syarikat telekomunikasi bina sebelum mendapat kebenaran.

"Korporat dapat melepaskan diri manakala rakyat menanggung beban," kata Dr Mariah dalam soalan tambahan.

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive