Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 08, 2009

Pas Perak :Gesa Mahkamah persekutuan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah.



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan
kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang
akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik
sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang
sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan
rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang
menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak
ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini,
tegas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar
Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan
dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak
tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai
Menteri Besar Perak .

Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar
Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting
kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat
dipertahankan.”

“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai
Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat
menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan
perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan
perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub
dalam perlembagaan.”

Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris
rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan
sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan
seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar
Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang
awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu
diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang
dan demokrasi.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian
sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada
Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan
malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan
diamalkan di negara Malaysia selama ini.

Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan
Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar
Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah
keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan
Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam
peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia
dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba
dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.


PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang
terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri
Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik
Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata
dunia luar, kata beliau.

Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak
dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah
pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga
tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar
Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan
memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat
gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.

Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah
menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret
secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa
orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN
3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat
tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat
zalim
.
PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh
sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang
terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat
kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi
kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau.

utaraonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive