Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 09, 2009

'Tiada jelmaan Teoh di Plaza Masalam'



Kisah hantu jelmaan mendiang Teoh Beng Hock menjadi buah mulut di kalangan kakitangan pejabat dan pelanggan yang berurusan di Plaza Masalam setelah dilaporkan akhbar minggu lalu tetapi ia tidak wujud, kata kakitangan sebuah syarikat keselamatan.

Ruslan Nordin, pegawai kanan Evergreen Venues Sdn Bhd berkata selepas laporan China Press 4 Disember lalu, banyak pihak yang bertanya kepada pasukannya mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan tiada sebarang aduan dibuat oleh kakitanga syarikat tersebut - yang bertanggungjawab menyelia sekitar kawasan terbabit - berhubung kewujudan fenomena ganjil tersebut.

"Saya sendiri dengar dua tiga hari lepas daripada pelanggan-pelanggan kita (di Plaza Masalam).

"Tetapi saya menafikannya (laporan tersebut) kerana kita sendiri tidak terima apa-apa laporan daripada anggota saya.

"Tahu itu tahu daripada surat khabar Cina, tetapi saya tidak ambil kisah sangat. Saya tinjau dulu. Saya tanya anggota saya, mereka kata, 'tidak ada tuan'.

"Selama ini kita buat rondaan di atas, bawah, tingkat bawah tanah, sejam sekali, tidak ada apa-apa pun," katanya kepada Malaysiakini dalam tinjauan di plaza tersebut, lokasi Teoh ditemui mati dan juga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor.

Ruslan berkata, kes-kes paranormal lain juga tidak pernah dilaporkan kepada pihaknya sebelum ini.

"Hantu lain pun tidak pernah wujud, hantu air ke, hantu jerangkung ke tidak pernah wujud," katanya.

Tiga individu dilaporkan mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh - pembantu exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - merayau-rayau di ibu pejabat SPRM negeri itu.

Menurut laporan akhbar berkenaan, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima plaza tersebut, tempat Teoh ditemui mati, dan di tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM.

Akhbar harian itu memetik seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM - semuanya tidak dinamakan - terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu, lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive