Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 06, 2010

2010-Tahun untuk menyerang Umno-BN bukan PAS



Oleh Herman Samsudeen

Sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS di seluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.

Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita

PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.

Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.

Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.

Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.

Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.

Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.

Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.

Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.

Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia.

utaraonline


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive