Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 01, 2010

Keasyikan memadu asmara terbantut


HULU TERENGGANU – Keasyikan sepasang kekasih memadu asrama dan bersembunyi di sebuah rumah kosong di Kampung Cherang Nibong, di sini, kelmarin terbantut apabila diserbu anggota Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) Hulu Terengganu.

Malah, serbuan dilakukan hasil makluman penduduk kampung sewaktu anggota AADK dalam perjalanan ke Felda Bukit Bading sempena Ops Sapu di sekitar daerah ini turut mengagalkan hasrat gadis berusia 17 tahun dari Felda Bukit Kapah itu untuk lari bersama teman lelakinya, seorang pemandu jentera berat berusia 20 tahun.

Penolong Pegawai AADK Daerah Hulu Terengganu, Anwar Hamid berkata, tindakan pasangan kekasih yang bersembunyi itu dapat dihidu penduduk kampung berkenaan dan memaklumkan perkara tersebut ketika pihaknya melalui kawasan kampung itu.

“Mulanya mereka memberitahu kami ada orang melakukan maksiat dalam rumah kosong tersebut dan memandangkan kami mempunyai cukup anggota maka serbuan dilakukan sehingga mengejutkan pasa-ngan kekasih berkenaan.

“Kedua-dua individu ini dibawa ke pejabat AADK Daerah Hulu Terengganu dan hasil pemeriksaan didapati pemandu jentera berat ini positif dadah, manakala gadis yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ini tidak mengambil dadah dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive