Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 01, 2010

Zimbabwe Tumpaskan Selangor 3-0

SHAH ALAM, 31 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak Zimbabwe yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Selangor menumpaskan pasukan tuan rumah 3-0 di Stadium Shah Alam malam ini.

Penyerang dari negara benua Afrika itu, Mushekwi Nyasa membuat hatrik dengan menjaringkan tiga gol pada minit ke 26, 40 dan 57.

Gol pertamanya dijaringkan menerusi tandukan perlahan tetapi mengelirukan penjaga gol Selangor Mohd Fairul Azwan Shahrullai yang menyangka bola tandukan Mushekwi itu bergolek keluar padang tetapi ia terkena tiang gol lalu melantun ke dalam gawang.

Gol kedua adalah hasil tolakan Mushekwi yang menerjah ke arah gawang selepas mendapat umpanan rakan sepasukan.

Demikian juga dengan gol ketiga.

Selangor mendapat peluang terbaik untuk merapatkan jurang pada minit ke 71 apabila Mohd Safee Sali mendapat umpanan daripada Mohd Fazilidin Khalid.

Namun tendangan Mohd Safee yang terus berdepan dengan penjaga gol Zimbabwe, Arubi Washington ditangkis dengan pantas oleh Washington.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive